Total Pageviews

15.11.14

Aku terbang sekali lagi insyaAllah!

 
                                     

Takdir
Selalu bawa aku jauh dari mereka
Mereka yang buat aku rindu
Juga yang buat aku terluka
Kadang aku yakin
Jauh membuat aku lebih terbuka
Tapi aku perlu akur
Aku punya hati yang amat rapuh
Yang akan derita menanggung sakit
Bila mereka tidak di depan mata

Takdir
Sesuatu yang aku tak tahu
Hujung pangkalnya
Kadang sama dengan angan
Kadang jauh dari bayangan
Aku cuma perlu melangkah
Di atas jalan yang dibentangkan
Menangis bila memeritkan
Tersenyum bila menghiburkan

Takdir
Satu-satunya yang aku yakin
Perancangan aku bukanlah yang terbaik
Jalan ini
Jalan yang terbentang ini
Pasti ada sesuatu untuk aku kutip
Walau perit yang aku alami
Walau hibur mengubat hati
Aku perlu ingat
Perancangan Dia lebih rapi

Takdir
Membawa aku pergi sekali lagi
Moga kaki ini kuat
Moga hati ini sabar
Moga aku cekal berjuang
Seperti yang aku cita-citakan




9.11.14

Ada apa dengan cinta 2014



Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu. 

Karena cinta, waktu terbagi dua

Denganmu dan rindu untuk membalik masa

Detik tidak pernah melangkah mundur tapi kertas putih itu selalu ada

Waktu tidak pernah berjalan mundur

Dan hari tidak pernah terulang

Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru

Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab


14.10.14

Lari dari rumah sekejap...

Kadang-kadang,kita perlu escape sekejap dari suasana kebiasaan untuk kita lebih appreciate dengan apa yg kita ada..
Cara paling best,keluar berjalan tengok alam...
First on the list,obviously the sea..


 Sambil picnic, tengok perangai manusia.. Ada yang seronok mandi manda..ada yang main tak ingat dunia..ada yang duduk memerhati je..aku lah tu..huhu..(suke hati je snap gambar orang..ni org bisnes banana bot..tgah tggu orang)

 Yang ni escape tak dirancang..mama ada kursus dekat genting.. Ayah tak dapat nak hantar,abang pulak keje, so as penganggur terhormat yang pernah duduk KL and travel,dipertanggungjawabkan meneman mama.. Ktrg naik bas dr Ipoh ke KL Sentral (banyak kenangan KL Sentral ni..=p), amik LRT ke Dato' Keramat & teksi ke rumah kakak.. Well,memang terasa bahang kepanasan Malaysia ni.. Da lama tak buat mcm ni,naik LRT bagai,nervous lain macam..hahaha..esoknye hantar mama ke Institiut Aminuddin Baki.. Hari hujan..kalau tak,merasa la naik kereta kabel..petanda suruh datang lagi agaknyee..hihi..

 Sementara tunggu mama habis kursus, duduk rumah kakak,melayan si budak kecik Nuh Haider.. Ohh,tukang minum kopi juge dekat PCLO cafe.. Mocha abg syamim buat mantop!

 Sama perangai macam maksu dia,pantang naik kereta mesti tidur.. Dia tidur barulah boleh keluarkan ipad..kalau tak dari jauh dah jerit-jerit, penuh drama macam ni;


                             
 "Nak ipad auntie hann..!"

Nuh Haidiaq!! Please call me auntie Ijan,bukan auntie Han..pelat dia lain macam..hahaha..=D



15.9.14

Being forgotten is hurtful





Mungkin sebab rindu yang teramat
Kita jumpa dalam mimpi singkat
Panoramanya tanah barat
Tapi isi perbualan tak diingat..=(



When you just wanna walk away,
And start a new life,
But you got confuse,
About what you want,
What you need,
Or what you have to do.
You suddenly feel alone,
And someone appear in mind.
Someone who once there,
To advice.
For you to have a shoulder to cry on.
You remind yourself again,
You are at your own now.
You are the one who decided,
To walk away and start a new life.

Somehow you knew,
To forget someone is difficult.
And being forgotten is hurtful.


2.9.14

Cabaran demi cabaran


Bila rasa hendak berlari
Tapi kaki terbelenggu
Akhirnya diri rebah
Mengharap mampu bangun
Dan cuba untuk berlari semula

Lama-lama,
Usaha terasa sia-sia
Kiri kanan hanya melihat
Mereka tahu 
Dulu diri ini pernah berlari jauh

Hati menjerit meminta simpati
Mengharap tangan dihulur
Membantu bangun
Memberi dorongan 
Dan memberi semangat untuk diri terus berlari

Harapan tinggal harapan
Yang menjadi angan-angan
Tiada yang sedar akan kepayahan
Tiada yang sudi mendengar luahan
Tiada yang cuba mengalih beban

Hidup ini hanya ada aku dan Dia
Semua di sisi hanya mimpi
Mimpi yang pernah menjadi sumber inspirasi
Rupanya hanya berpura-pura
Mengambil kesempatan bila ada
Terus tinggal bila tiada guna

Akhirnya diri sedar
Aku perlu tinggalkan belenggu ini sendiri
Aku perlu bangun sendiri
Aku perlu cuba berlari sendiri
Aku perlu pantas pergi
Meninggalkan semua mimpi-mimpi

Perjuangan aku hanya untuk aku
Yang perlu aku fikirkan hanya aku
Hati yang patut dijaga hanya hati aku
Aku akan lakukan apa yang aku mahu
Jangan halang
Jangan mengeji
Jangan mempersoal
Kerana kamu yang biarkan aku sendiri

Aku ingin mencabar diri
Sejauh mana aku mampu berlari
Saat aku berjuang untuk aku
Dan bukan lagi untuk manusia lain
Sejauh mana aku mampu pergi
Saat aku berjuang untuk diri
Dan bukan lagi untuk kamu

Kerana aku pernah
Dan aku akan sekali lagi
Cuba untuk pergi
Aku ingin lihat sejauh mana langkah
Atau aku akan kembali ke lubuk yang sama?

19.6.14

Terima Kasih Kawan..


Kebelakangan ni,asyik terkenang kawan-kawan yang dah lama tak tahu berita..
Kadang-kadang rasa bersalah bila buat tak tahu..
Kadang-kadang rasa malu nak mulakan dulu..
Kadang-kadang rasa nak hilangkan diri,tak nak jumpa sesiapa..
Kadang-kadang tertanya...entah mereka pernah rasa perasaan yang sama..?

Aku selalu salahkan diri sendiri..

'dah ko diam,takkan drg nak terhegeh-hegeh pulak carik ko?'
'brape banyak dah orang tegur,tapi ko reply pun tidak'
'ko ingat ko sorang je marah orang tak ingat ko?ko ingat sangat la dekat orang lain?'

Dush 3x

Sakit..rasa macam hati ni kena siat-siat..
Tiba-tiba tadi,ada sorang kawan yang tegur..
Aku ada pilihan..nak abaikan lagi atau balas kali ni..
Aku tarik nafas dalam-dalam..aku kosongkan otak yang banyak fikir ni..
Dan aku balas..
Mula-mula rasa pelik ada,tak tahu nak balas apa pun ada..
Silent moment yang banyak..awkward moment pun banyak..
Makin lama borak,makin rasa selesa tu timbul..
Kawan kan dah lama..rasa selesa yang dulu pernah ada mesti punya sisa..
Tengah elok-elok borak, tetiba internet buat hal..
Itu sesuatu yang tak boleh nak dielakkan..hahaha..

Sekali lagi otak ni ligat berfikir..
Tadi kawan tu dah ambil inisiatif untuk borak dulu
Kenapa tak aku pulak cuba kali ni?
Aku tarik nafas dalam-dalam..aku kosongkan otak yang banyak fikir ni..
Dan aku tegur sorang-sorang,terutama orang yang ada cuba nak borak tapi aku tak layan..

Jahat sangat aku ni kannn...

Hati mula degup laju bila sorang-sorang balas..
Sudah..macam mana nak 'keep the conversation on?'
Berdebar sungguh..
Tapi..
semuanya jadi mudah..
Kawan yang baik tu,
tak perlukan 24jam untuk kita terus rapat..
walau ade yang hampir bertahun tak jumpa,
tapi tetap boleh borak..
pasal benda bodoh,
pasal jodoh..

Rindu gila kot..

Rasa sebak pun ada bila ada yang nak kahwin dah..
Rasa bangga bila ada yang berkerjaya dah..
Rasa teruja bila ada yang masih ingat pada aku..

minta maaflah kawan kalau aku selalu buat tak tahu
aku sedang dalam proses mengenali aku
bukan aku tak rindu tapi aku malu
aku yang pernah korang kenal
mungkin bukan aku yang sekarang
aku ingat kalau aku hilang
aku boleh jumpa aku yang dulu
tapi aku silap sebab
aku dah makin tak kenal siapa aku..
nasib baik aku ada kawan
yang masih boleh beritahu aku
siapa aku..