Total Pageviews

29.4.13

Smile is the best encouragement ever..



Alhamdulillah..AGM dah berlangsung, maka tamatlah riwayat bergelar Vice Presiden LUMSOC untuk sesi 2012/2013..yeeehhhaaaa!



Melepaskan jawatan tu tak sesenang yang disangka rupanya bila memikirkan apakah nasib LUMSOC pada tahun mendatang..ehehh..berdebarnya malam sebelum AGM sampai tak boleh tidur, asyik prektis presentation aktiviti tahunan LUMSOC..Finally, it's really near to the end of the story..baki seminggu je lagi untuk semester terakhir ni, sebelum study week and exam..

me walking through this path
really require a full courage
but i still remember
my fren once said
there're a lot of paths
and we can never know which one is good, which one is bad
but what we should remember
each path teach us something valuable
just walk the path
with smile

=)


25.4.13

I Almost Do..

Yeayyy..Habis sudah presentation untuk final year project..I'm a happy girl today..tapi sakit gler kot kepala bila kena perah otak dan jawab soalan on the spot..But, after that, feel so relieve..sangat2..=D

And the feel that u wanna share the good feeling with someone..seeing that someone are there, online, in other part of world..almost click send to share the news..but then, u delete everything..
Should I
Or shouldn't???

Tinggal seminggu je untuk semester ni. Lepas tu, akan berdepan pulak dengan final exam. Yes, the final war is just around the corner. Focus Izan, Focus!!!

Hey you,
Let me tell you this by telepathy,
I almost finish my journey here!
Wait for me,
If God will,
We'll meet..

Counting days to say
Sayonara UK!!!!!!

23.4.13

Perkara 3 Tahun Lepas...

3 tahun lepas, bila dia buat macam tu, aku tersinggung..
Bila dia tanya, sedaya upaya aku cuba selindung..
Ya aku berjaya, tapi dia tahu aku terasa..
Setahun lepas, dia buat benda yang sama
Kali ni dia tak bagi tahu, tapi aku tahu sendiri
Sakit sangat hati ni..Sangat..
Tapi aku tunggu dia bagi tahu
Tak...Dia diam...Dan aku jugak diam
Tapi aku bagi sesuatu dengan mesej betapa aku terasa..
Tapi dia tak mungkin tahu apa maksud semua kata-kata tu..
Hari ini dia buat benda yang sama lagi
Tapi aku tak dapat nak bagi tahu
'directly' atau 'indirectly'
Yang perasaan 3 tahun lepas, perasaan  setahun lepas masih ada dalam hati aku..
Tak pernah hilang, masih rasa yang sama bila dia buat benda yang macam tu
Dan kali ni aku betul-betul tak boleh buat apa-apa
Hanya boleh perhati dan berharap yang perasaan 3 tahun lepas
Waktu dia bertanya, dan aku menjawab masih ada dalam ingatan dia
Walau sikit, walau samar..
Janji dia, aku simpan tapi aku takkan tuntut..
Salah aku sebab aku anggap dia antara orang yang boleh aku tunjukkan segala
Kelemahan, kekurangan..sikap sebenar aku
Aku lupa, tak ramai yang tahan dengan sikap aku..
Sungguh aku lupa sebab selama ni aku anggap dia di kalangan mereka yang memahami....
Macam keluarga aku sendiri..

22.4.13

Tiba-tiba..


Tiba-tiba je menangis..
Tiba-tiba rasa dunia ni tak best
Tiba-tiba rasa tak suka duduk jauh-jauh
Tiba-tiba rasa tak suka semua benda..
Tiba-tiba je rasa nak bercakap dengan orang
Tiba-tiba rasa tak ada orang 'appreciate'
Tiba-tiba rasa hidup ni dah tak ada harapan
Tiba-tiba rasa semua orang sangat 'freak' dan 'selfish'
Tiba-tiba rasa macam dah tak betul
Tiba-tiba rasa nak mengamuk
Tiba-tibalah semuanya
...
..
.
Ok..Homesick sebenarnya..

"Maka sesungguhnya,bersama kesulitan ada kesenangan, 
sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan.."
[94:5-6]

:::...Pray the best for me, myself & I...:::


19.4.13

Akhirnya...

Akhirnya....rumah akan berpindah milik. Tiga tahun dah duduk rumah ni, tak sangka hari ni melayan orang datang 'view' rumah. Petanda dah sampai masanya balik ke tanah tumpah darah. Tiba-tiba sebak pulak....

Ada beberapa bendalah macam best bila orang datang 'view' dan tanya macam-macam;

1) Orang tu sangat 'observant'. Tak perlu bagitahu dia, mintak bukak kasut, dia nampak kasut tersusun kat tepi pintu, dia terus je bukak kasut. Common sense yang sangat tinggi di situ.

2) Dia mintak kebenaran nak record kami-kami ni bagi pandangan tentang rumah dan kawasan sekitar rumah.

3) Ohh..dia tahu pasal Baiti Jannati. Yang tu rasa macam terkejut sebab Baiti Jannati ni pertandingan antara rumah-rumah orang Malaysia, yang tercantik dan terbersih. Dia cakap, mungkin sebab ni, rumah budak Malaysia lebih bersih berbanding rumah-rumah yang dia pernah pergi sebelum ni. Akhirnya, tanggungjawab sebagai 'duta kecil' Malaysia tertunai :: Dapat berikan pandangan positif tentang orang Malaysia..Alhamdulillah..=)

4) Dia bayar sendiri semua yuran untuk degree dan master. Bila dia tahu, kami-kami ni dapat scholarship, dia pandang macam tak percaya. . Dia tanya berapa dapat sebulan, siapa bayar yuran semua, macam mana boleh dapat, siapa yang sponsor etc. Waktu tu macam bangga cakap,

"Our goverment.." 

Ada doa terselit supaya kerajaan yang sama kekal, InsyaAllah.  Sekali lagi, tangunggawab 'duta kecil' tercapai :: memberi gambaran yang baik tentang kerajaan Malaysia. Alhamdulillah..=)

Walau macam mana benci pun kita, tak suka, menyampah dan rasa nak marah, tak puas hati, duduk sejenak dan berfikir. Perlu ke kita cerita kepada orang asing pasal hal buruk negara? Hal buruk kerajaan Malaysia? Hal buruk pemimpin? Apa faedah yang kita dapat? Pahala pun tak..Dosa mungkin..Cuba fikir sekejap sama ada, apa yang kita luahkan akan beri persepsi baik atau buruk, tentang sesuatu atau seseorang. Depan mata sendiri pernah dengar orang Malaysia bangga cakap dekat orang asing,

"Students in Malaysia are in debt after finished their studies."
"UK education system is so much better than our system."

Tak salah bagi pendapat. Dan lagi tak salah bila pendapat kita tu memang betul pulak. Tapi common sense.. Bukan suruh menipu, tapi 'tackle the question in positive way'. Wujudkan sedikit rasa hormat yang tersisa dalam diri tu untuk negara, bukan kepada kerajaan, kalau susah sangat nak timbulkan rasa tu.

Akhirnya...I'm leaving UK.


17.4.13

Pemerhati Jalanan..


Takut bila tengok cara mereka berbahasa. Tak ada langsung hormat dan adab. Sudah hilangkah melayu di dunia, yang kononnya penuh budi bahasa? Aku tak tahu..

Apabila bahan rujukan yang ada dikatakan ciptaan semata, bila rujuk pada sesawang dikatakan fitnah pula. Cerita pasal pengalaman,semua itu dilabel persepsi minda. Entahlah..

Kalau terasa jasa itu tak perlu dikenang,tak apa. Tetapi kenapa mempersoal mereka yang lain seakan sedang membuat dosa? Kalau anda punya hak, orang lain tidak adakah? Anda boleh memilih, orang lain tidak boleh memilihkah?

Hentilah menyebar berita memburukkan manusia lain. Saham pahala tak bertambah, tanpa sedar saham dosa berganda. Muhasabah sebelum berkata. Fikir kesan kepada diri dan orang sekeliling.

Hak bersuara gunakanlah sebaiknya. Jangan nanti suatu hari, segala macam hak mencari dan menuntut pula.

Hina sungguh rasa diri ini...

15.4.13

Pengalaman..


Aku jumpe akaun twitter paknil dengan twitcon dacing dia..haha..so sweet la paknil..=D

Sejak aku kena hentam masa first year, walaupun aku tak pernah menghentam atau mengeluarkan sebarang kata-kata bahawa aku penyokong parti mane (ok,aku punye beg laptop lambang parti tu..so??), aku rasa aku makin paranoid. Bermula dengan sesi perkenalan, berlanjutan ke mesej dekat FB tentang kenapa aku kena beralih sokongan..pelik..pelik..dan pelik..aku tak balas satu pun.

Aku ingat kisah habis dekat situ. Tapi tak..berlanjutan pulak dalam usrah..aku macam terpinga-pinga saat orang lain sudah mula bersemangat. Aku abaikan lagi dan bersuara sikit-sikit tentang pendapat aku dan kenapa aku fikir macam tu. Macam biasa, peluang itu hanya dibalas sindiran. Yang kemudian diikuti dengan penerjahan ke bilik aku dan 'brainwash' selama lebih kurang sejam atau lebih.ermmm..itu perkara first year.Tapi paranoid aku pada sikap penyokong parti tu menjadi-jadi.

Kemudian timbul pula isu lain. Isu yang terlalu sensitif untuk 'orang yang tahu' tapi aku malas nak masuk campur sangat. Aku tak pandang pihak lagi satu tu salah pun. Dan kalau boleh, aku nak je join pihak tu. Tapi atas dasar hormat, aku diamkan je la kehendak yang itu. Aku memerhati sikap dan tingkahlaku kedua-dua pihak. Pihak mana yang hanya bercakap, dan pihak mana yang bertindak.

Sepanjang aku berdiam ni,aku banyak memerhati dan menilai tapi ikut pandangan mata kasar aku. Ada beberapa sebab kenapa aku tetap dengan pendirian aku tapi aku tetap diam tak nak bersuara. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tak cakap, macam mana mereka nak tahu? Tapi kalau aku cakap, betul ke mereka nak ambil tahu?

Aku belajar dari pengalaman, dan pengalaman tu orang mereka ni jugak yang berikan dulu.
Aku juga belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membina persepsi dalam diri aku.
Aku sentiasa belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membantu aku menapis segala isu.

Tak nak jadi orang yang hanya tahu berkata, yakin dengan kata-kata dan bangga menyebarkan kata-kata. Hakikatnya, setiap kata teriring pula dengan dosa. Dah terlalu banyak dosa dipikul, tak nak menambah dengan sengaja menyakitkan hati saudara.

Selamat Mengundi!Jangan lupa muhasabah seketika..