Total Pageviews

15.9.14

Being forgotten is hurtful





Mungkin sebab rindu yang teramat
Kita jumpa dalam mimpi singkat
Panoramanya tanah barat
Tapi isi perbualan tak diingat..=(



When you just wanna walk away,
And start a new life,
But you got confuse,
About what you want,
What you need,
Or what you have to do.
You suddenly feel alone,
And someone appear in mind.
Someone who once there,
To advice.
For you to have a shoulder to cry on.
You remind yourself again,
You are at your own now.
You are the one who decided,
To walk away and start a new life.

Somehow you knew,
To forget someone is difficult.
And being forgotten is hurtful.


2.9.14

Cabaran demi cabaran


Bila rasa hendak berlari
Tapi kaki terbelenggu
Akhirnya diri rebah
Mengharap mampu bangun
Dan cuba untuk berlari semula

Lama-lama,
Usaha terasa sia-sia
Kiri kanan hanya melihat
Mereka tahu 
Dulu diri ini pernah berlari jauh

Hati menjerit meminta simpati
Mengharap tangan dihulur
Membantu bangun
Memberi dorongan 
Dan memberi semangat untuk diri terus berlari

Harapan tinggal harapan
Yang menjadi angan-angan
Tiada yang sedar akan kepayahan
Tiada yang sudi mendengar luahan
Tiada yang cuba mengalih beban

Hidup ini hanya ada aku dan Dia
Semua di sisi hanya mimpi
Mimpi yang pernah menjadi sumber inspirasi
Rupanya hanya berpura-pura
Mengambil kesempatan bila ada
Terus tinggal bila tiada guna

Akhirnya diri sedar
Aku perlu tinggalkan belenggu ini sendiri
Aku perlu bangun sendiri
Aku perlu cuba berlari sendiri
Aku perlu pantas pergi
Meninggalkan semua mimpi-mimpi

Perjuangan aku hanya untuk aku
Yang perlu aku fikirkan hanya aku
Hati yang patut dijaga hanya hati aku
Aku akan lakukan apa yang aku mahu
Jangan halang
Jangan mengeji
Jangan mempersoal
Kerana kamu yang biarkan aku sendiri

Aku ingin mencabar diri
Sejauh mana aku mampu berlari
Saat aku berjuang untuk aku
Dan bukan lagi untuk manusia lain
Sejauh mana aku mampu pergi
Saat aku berjuang untuk diri
Dan bukan lagi untuk kamu

Kerana aku pernah
Dan aku akan sekali lagi
Cuba untuk pergi
Aku ingin lihat sejauh mana langkah
Atau aku akan kembali ke lubuk yang sama?

19.6.14

Terima Kasih Kawan..


Kebelakangan ni,asyik terkenang kawan-kawan yang dah lama tak tahu berita..
Kadang-kadang rasa bersalah bila buat tak tahu..
Kadang-kadang rasa malu nak mulakan dulu..
Kadang-kadang rasa nak hilangkan diri,tak nak jumpa sesiapa..
Kadang-kadang tertanya...entah mereka pernah rasa perasaan yang sama..?

Aku selalu salahkan diri sendiri..

'dah ko diam,takkan drg nak terhegeh-hegeh pulak carik ko?'
'brape banyak dah orang tegur,tapi ko reply pun tidak'
'ko ingat ko sorang je marah orang tak ingat ko?ko ingat sangat la dekat orang lain?'

Dush 3x

Sakit..rasa macam hati ni kena siat-siat..
Tiba-tiba tadi,ada sorang kawan yang tegur..
Aku ada pilihan..nak abaikan lagi atau balas kali ni..
Aku tarik nafas dalam-dalam..aku kosongkan otak yang banyak fikir ni..
Dan aku balas..
Mula-mula rasa pelik ada,tak tahu nak balas apa pun ada..
Silent moment yang banyak..awkward moment pun banyak..
Makin lama borak,makin rasa selesa tu timbul..
Kawan kan dah lama..rasa selesa yang dulu pernah ada mesti punya sisa..
Tengah elok-elok borak, tetiba internet buat hal..
Itu sesuatu yang tak boleh nak dielakkan..hahaha..

Sekali lagi otak ni ligat berfikir..
Tadi kawan tu dah ambil inisiatif untuk borak dulu
Kenapa tak aku pulak cuba kali ni?
Aku tarik nafas dalam-dalam..aku kosongkan otak yang banyak fikir ni..
Dan aku tegur sorang-sorang,terutama orang yang ada cuba nak borak tapi aku tak layan..

Jahat sangat aku ni kannn...

Hati mula degup laju bila sorang-sorang balas..
Sudah..macam mana nak 'keep the conversation on?'
Berdebar sungguh..
Tapi..
semuanya jadi mudah..
Kawan yang baik tu,
tak perlukan 24jam untuk kita terus rapat..
walau ade yang hampir bertahun tak jumpa,
tapi tetap boleh borak..
pasal benda bodoh,
pasal jodoh..

Rindu gila kot..

Rasa sebak pun ada bila ada yang nak kahwin dah..
Rasa bangga bila ada yang berkerjaya dah..
Rasa teruja bila ada yang masih ingat pada aku..

minta maaflah kawan kalau aku selalu buat tak tahu
aku sedang dalam proses mengenali aku
bukan aku tak rindu tapi aku malu
aku yang pernah korang kenal
mungkin bukan aku yang sekarang
aku ingat kalau aku hilang
aku boleh jumpa aku yang dulu
tapi aku silap sebab
aku dah makin tak kenal siapa aku..
nasib baik aku ada kawan
yang masih boleh beritahu aku
siapa aku..


18.4.14

Just Start


How to quit smoking?

Sighhh..modul yg aku belajar sepanjang degree banyak sentuh pasal smokers vs non-smokers especially about absorption of good things in food..banyak je adverse effect kalau smokers consume high dosage of certain vitamins..tahu je kesan merokok tu pada kesihatan especially on vessels,heart,lungs and etc..

So, it's so frustrating when you know the fact but you don't know how to help people to quit..

Aku banyak cari info pasal how to quit smoking..aku siap ade tab khas website untuk orang yang nak berhenti merokok..i even know about nicotine-withdrawal syndrome,the craving and the timeline after quitting..but i still don't know how to approach and help..feeling so down~

If you ever read this, please.. It doesn't matter where you start.. JUST START.


8.4.14

Hard to Explain..


Bulan tujuh ke bulan empat..
lama jugak memerap dalam rumah without doing anything.....bukan tak cari keje,tapi tak dapat lagi..yes,i don't apply any in private sector because i'm not interested in making profit for a company..i wanna serve the country!

~berangannnnn~

It's not that easy..life is difficult in its own way..
I want that,not this
But who are you to choose?
When life offer neither
But you still need to do something
Either sit still watching people move on
Or walk and try to run
Knocking each door and ask
Is there any space for me?
Or am I a traveller
Who need to travel again and again
For that suitable door
Leave behind the people I love again and again
Missing home badly and hoping days pass quickly
Again and again?
Please...I am not that strong..
Being left behind and betrayed by those I miss
When I'm busy searching for strength
Really killing me badly..




11.2.14

STF - Smart Talented & Fantastic!

Hari Isnin (10 Feb) hantar jiha daftar dekat MRSM Taiping..really not in a mood that day.. dengan panasnye, dengan tak puas hatinye..macam-macamlah..

Tapi bila sampai & lihat suasana hari pendaftaran,tiba-tiba senyum sendiri..hihi..teringat zaman muda mudi,bila budak tingkatan 1 daftar dekat STF dulu..

Since Form 2..dah bertugas setiap kali budak-budak ni datang punn..paling ingat sekali pengalaman jaga dekat pintu pagar sekolah,pengawas pertama lah budak-budak ni akan nampak sebaik je masuk pagar tu..sentiasa kena senyum dekat mak bapak & hulur tag nama untuk asrama+kelas..lenguh pipi ni asyik senyum jek..biasanye pengawas junior kenalah amik shift pagi,dari pukul 8-10..lepas abis shitf,tukar blazer segala kepada baju sukan sebab nak start shift jaga koop pulak..hehehe..

Masa jaga koop,tak dapatlah jage kaunter sebab senior conquer..tak pe,tak pernah kesah pun sebab memang tak suke jage duit & kena congak kira-kira bila orang ramai..so jaga bahagian paling best sekali,baju sukan..kalau ade size,dapat la budak-budak ni baju..kalau tak,kena tunggu lama sikit..masa ni,kami-kami yang jaga koop ni la kakak yang paling baik sekali melayan budak F1..*sehari je la...=P*

yang paling bahagia adalah sebab dapat ponteng kelas..dari pukul 8-12 tengah hari kononnya bertugas..lepas habis shift,sambung lagi duduk dekat koop sampai habis waktu sekolah..ape yang dibuat dalam koop tu sebenarnye? biarlah aku dengan Ila je yang tahu..memang abis masa meng'usha' je sebenarnya...hahahaha..

Habis seharian,mak bapak balik,budak-budak ni plak orientasi..bab minggu orientasi memang jangan haraplah nak join..tak kuasa nak melayan junior..bila weekend,duty dekat pejabat warden memang selalulah dengar suara ni berkumandang memanggil nama-nama budak F1 kebanyakannye lahh sebab baru masuk kan...

'Perhatian kepada Adlia binti Iskandar dari kelas 1 Jujur. Sila datang ke pejabat asrama sekarang juga untuk bertemu dengan pelawat. I repeat, attention to Adlia binti Iskandar from class 1 Jujur. Please proceed to the warden office now to meet your visitor. Thank you'

Ayat biasa setiap kali hujung minggu..kerap pun ganti orang sebab jarang balik..orang jauh la katakan...


Seronok bila boleh ingat perkara-perkara kecik macam ni..kenangan yang boleh bawak sampai ke tua..rindu giler kawan-kawan STF..rindu giler pada suasana,pengalaman...tapi perasaan homesick yang giler2 tu pun still boleh terasa sampai sekarang..tak pernah suke duduk jauh dari family tapi bile dekat pun..~...