Total Pageviews

15.9.14

Being forgotten is hurtful





Mungkin sebab rindu yang teramat
Kita jumpa dalam mimpi singkat
Panoramanya tanah barat
Tapi isi perbualan tak diingat..=(



When you just wanna walk away,
And start a new life,
But you got confuse,
About what you want,
What you need,
Or what you have to do.
You suddenly feel alone,
And someone appear in mind.
Someone who once there,
To advice.
For you to have a shoulder to cry on.
You remind yourself again,
You are at your own now.
You are the one who decided,
To walk away and start a new life.

Somehow you knew,
To forget someone is difficult.
And being forgotten is hurtful.


2.9.14

Cabaran demi cabaran


Bila rasa hendak berlari
Tapi kaki terbelenggu
Akhirnya diri rebah
Mengharap mampu bangun
Dan cuba untuk berlari semula

Lama-lama,
Usaha terasa sia-sia
Kiri kanan hanya melihat
Mereka tahu 
Dulu diri ini pernah berlari jauh

Hati menjerit meminta simpati
Mengharap tangan dihulur
Membantu bangun
Memberi dorongan 
Dan memberi semangat untuk diri terus berlari

Harapan tinggal harapan
Yang menjadi angan-angan
Tiada yang sedar akan kepayahan
Tiada yang sudi mendengar luahan
Tiada yang cuba mengalih beban

Hidup ini hanya ada aku dan Dia
Semua di sisi hanya mimpi
Mimpi yang pernah menjadi sumber inspirasi
Rupanya hanya berpura-pura
Mengambil kesempatan bila ada
Terus tinggal bila tiada guna

Akhirnya diri sedar
Aku perlu tinggalkan belenggu ini sendiri
Aku perlu bangun sendiri
Aku perlu cuba berlari sendiri
Aku perlu pantas pergi
Meninggalkan semua mimpi-mimpi

Perjuangan aku hanya untuk aku
Yang perlu aku fikirkan hanya aku
Hati yang patut dijaga hanya hati aku
Aku akan lakukan apa yang aku mahu
Jangan halang
Jangan mengeji
Jangan mempersoal
Kerana kamu yang biarkan aku sendiri

Aku ingin mencabar diri
Sejauh mana aku mampu berlari
Saat aku berjuang untuk aku
Dan bukan lagi untuk manusia lain
Sejauh mana aku mampu pergi
Saat aku berjuang untuk diri
Dan bukan lagi untuk kamu

Kerana aku pernah
Dan aku akan sekali lagi
Cuba untuk pergi
Aku ingin lihat sejauh mana langkah
Atau aku akan kembali ke lubuk yang sama?