Total Pageviews

27.8.13

Manusia Bernama Aku


Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Tidak boleh ada cacat cela

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Tidak boleh menunjukkan perasaan hati
Hanya perlu fikir perasaan mereka di sekeliling

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Kerana aku umpama pingat kebesaran
Yang menjadi kisah untuk dikisahkan
Yang menjadi barang untuk dipamerkan

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Kekal sempurna sampai bila-bila
Walau sakit menerpa
Sempurna tetap tujuan utama

Sungguh
Manusia bernama aku tidak perlu wujud
Kerana
Manusia bernama aku itu akan selalu terluka
Tetapi
Manusia bernama aku hanya boleh menangis
Menjerit di dalam hati

Wahai dunia
Dengarkanlah
Aku sudah bosan menjadi aku!

20.8.13

Asing dan terasing..

Sebulan sudah berada dgn selamatnya di Malaysia..home sweet home..sehebat mana hujan emas di negara orang,seronok lagi hujan batu sebab di negara sendiri.. Soalan paling selalu ditanya sepanjang balik ni,
  1. Nanti keje ape?
  2. Tak nak sambung blaja ke?
Well,actually i'm not really thinking about work..apatah lagi sambung belajar..kalau boleh nak lepak dulu..penat tau bila kita 'struggle' sebab nak memenuhi kehendak orang tpi dalam masa yang sama kita 'struggle' dengan hati sendiri..yang lagi memeritkan bila di hujungnya, tak lah seindah yang disangka...

Somehow,live in another part of world just like dreaming..cuma sekarang,dah tersedar dari mimpi pnjang dan masih tertanya-tanya,betul ke semua tu mimpi atau realiti..wlaupun secara fakta,semua tu realiti dan memang aku pernah menghabiskan sisa-sisa hidup selama 2 tahun setengah(setelah ditolak cuti summer) di sana,tapi secara perasaan,aku tak rasa aku pernah jejak bumi tu..bumi asing yang mengasingkan aku dari orang di sekeliling..

But now,back to reality..aku dah ada dekat Malaysia,tanah tumpah darah sambil menyaksikan kesan-kesan pengembaraan aku dulu di dunia itu..

Terlalu lama aku duduk jauh..
Terlalu dalam kesan yang ada...