Total Pageviews

28.6.13

Catatan Musim Panas..


Di sangkar kecil ini,aku melihat dunia penuh cabaran dan pancaroba. Aku melihat langit yang terbentang luas, bersama burung yang berterbangan megah berkicauan. Aku melihat berubahnya musim dan suasana,berubahnya tingkah laku dan cara manusia. Saat pertama melangkah, hati sayu dan berat. Mengapa aku terpilih di kalangan mereka yang ada. Mengapa aku yang perlu berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Mengapa aku?
Aku tidak punya jawapan sehingga sekarang melainkan, setiap yang kita lalui sudah ditetapkan. Dan ketetapan itu adalah yang terbaik dibandingkan dengan impian dan perancangan kita yang rapuh dengan angan-angan. Dalam diam, aku mula menerima ketetapan, melangkah kuat mengharung rintangan. Teman ramai di sekeliling, membantu tidak kira keadaan dan masa. Selalu ada bila hati merindukan yang jauh. Makin yakin untuk terus melangkah jauh. Angan-angan mula terbina semula bersama impian kosong yang makin meronta.
Putih salju yang menyelaputi bumi membuat hati terpana dengan kebesaran Ilahi. Bagaimana kita berada di bumi yang sama tetapi menyaksikan pertukaran musim yang berbeza. Datangnya salju selepas pohon hilang segala dedaunnya. Suasana yang keperangan kini bertukar putih seputihnya. Walau jam menghampiri 12, namun langit itu seakan bersinar dan bercahaya menurunkan butir-butir ais yang nyaman. Kini aku tahu bagaimana rupa sebenarmu salju,sehingga lupa bagaimana rupamu dahulu yang pernah berada di benakku. Dalam keseronokan bermain salji, aku juga sedar, tak semua yang cantik akan kekal cantik dan sesuatu yang kita suka akan kita benci sekelip mata. Saat salju bertukar warna, aku mula berharap aku takkan bertemu salju semula. Jahatnya aku padamu salju..
Saat matahari mula menunjukkan sinarnya semula, bunga-bunga mula mengembangkan kelopak yang dahulu tersimpan rapi, takut dengan kedinginan suasana. Bumi yang putih bertukar warna sekali lagi tetapi kali ini banyak tona. Serangga mula kelihatan. Lebah keluar mencari bunga yang sedang berkembang mekar. Rerumput mula keluar dengan liar, memenuhi segenap ruang tanah yang ada. Manusia mula kelihatan merata-rata. Aku mula menghargai matahari yang memancarkan sinarnya. Hangat yang terasa di kulit ini ibarat suatu rahmat yang tak terungkap dengan kata-kata.
Suhu meningkat naik sesuai dengan suasana. Malam kini menjadi singkat berbanding siangnya. Panas matahari mula membahang. Sekali lagi, suka bertukar benci. Wahai matahari,berlindunglah di sebalik awan agar aku tidak terlalu kepanasan. Mata ditutup saat langit masih bercahaya dan mata dibuka cahaya masih ada. Hari terasa panjang menunggu detik pulang ke tanah air. Musim panas yang selalu dirasai di awal dan ditinggalkan kerana pulang ke kampung halaman.
->Saat jam 8 malam

Tiba di Malaysia untuk percutian tiga bulan, terasa masa cepat berjalan. Hangatnya Malaysia bukan hanya gossip dan politik semasa tetapi juga suhunya. Malu rasa hati ingin meluahkan betapa panasnya terasa kerana takut digelar ‘lupa diri’ pula. Tetapi percayalah, jika pernah merasai musim sejuk dan bunga, panas di Malaysia bukan panas yang biasa-biasa. Aku tetap aku, anak melayu yang hanya merantau. Tiba saat aku akan pulang ke gagang. Hangat Malaysia inilah yang aku rindu bila terpaksa pulang ke Negara asing itu semula.

Tomorrow


Bila down/sakit hati/terasa dengan orang/tak puas hati/bengang/marah & lain-lain yang negatif,
antara cara nak hilangkan::

1. Baking
2. Kemas segala ruang yang ada
3. Minum kopi dengan kuantiti yang banyak
4.Tengok movie sedih,nangis sampai bengkak mata

Biasanya,akan pilih salah satu.Tapi hari ni, dari nombor satu sampai empat, semua da buat..huuu..can u feel the stress inside me???

Relief memang relief..
above all from the list,ada satu yang lagi best..
and everyone should know what it is..

The sun will come out tomorrow
So u gotta hang on till tomorrow,
Come with me..
Tomorrow,tomorrow
I love you tomorrow,
You always a day away.....

Smile everyone,smile..


21.6.13

Palsu


Ada masa aku terasa
Ada masa aku buat tak kisah saja
Ada masa aku menangis
Ada masa semua rasa tu aku kikis

Apa salah aku pada kamu?
Aku cuma mahu tahu yang itu
Mungkin salah aku
Sebab aku yang pilih untuk ikut cara kamu

Cara kamu memandang manusia
Cara kamu menegur teman yang bertanya
Cara kamu mengelak daripada bersua
Cara kamu bersuara bila terpaksa
Cara kamu menjeling mata
Cara kamu mementingkan diri dalam suasana

Apa salah aku pada kamu?
Hingga di mana ada aku
Kamu berlari seribu batu
Bila ada aku
Kamu mencari jutaan alasan untuk berlalu
Dan aku berikan ruang dan peluang
Aku jauh dari pandang
Tapi hanya dengan bunyi bisikan suara
Kamu mengadu satu dunia

Oh angin
Aku ingin berlalu
Meninggalkan rasa pahit dan pilu
Orang lain tak perlu tahu
Biar hanya aku
Yang mengenal sudut itu
Hati dan jiwamu palsu
Tapi mungkin hanya untuk aku


5.6.13

Tolong~

Dibalas satu persatu,semuanya jelas atas perbuatan yang dahulu.Ingin mengadu kekecewaan,kesedihan dan kesakitan yang mengcengkam jiwa,namun jauh di sudut hati sedar ini semua balasan hasil tindakan suatu saat dahulu.Tidak patut rasanya menyalahkan takdir kerana itu memang sepatutnya yang dirasakan.Kalau dulu sesuka hati mengherdik dan menghukum orang lain,kini rasakan diri dipandang hina orang sekeliling.Kalau dulu begitu gah menolak sekarang rasakan peritnya dilukai dan dipandang sebelah mata.

Rasakan....

Di tahap ini,langkah itu hentikanlah.Sakit yang dirasakan merupakan pilihan yang dipilih antara dua jalan,sama ada mahu meneruskan atau melupakan.Meneruskan bersama kesakitan tapi melupakan bukan juga semudah yang dibayangkan.Bersama usaha untuk melupakan,terselit seribu satu sakit yang mencucuk hati.Tambahan melihat kegembiraan dan kesenangan seakan langsung tidak peduli.Tetapi di sebalik melupakan, tersimpan satu rahsia yang tiada di sebalik meneruskan.Meneruskan harapan palsu seakan mengejar bayangan yang muncul seketika.

Lupakan...

Sudah tiba masanya untuk tetap melangkah meninggalkan sisa-sisa semalam yang hanya di simpan kukuh di hati tapi hanya satu.Kuburkan harapan dan angan-angan yang hanya memakan semangat yang tinggal hanya separuh nyawa.

Lakukan..Tolong~

4.6.13

Mudahnya putus asa


Mudahnya putus asa
Sepinya dia
Dipandang sebelah mata
Perginya dia
Dibiar tidak bertanya
Langsung tiada usaha
Dia berlalu membawa seribu rasa

Mudahnya putus asa
Larinya dia
Dikejar tiada
Diamnya dia
Menegur tidak pula
Dia mula bertanya
Kenapa,mengapa dan bagaimana
Dia tidak dianggap sesuatu pada mereka

1.6.13

Jauh!


Mata yang bertentang
Dibawa lari melihat alam
Tidak cukup kenal untuk
Mengerti isi pandangan
Tak perlu banyak hujah
Pendekkan kata pada yang perlu
Rasa resah di hati
Bila manusia tanpa nama
Terpacak berdiri di situ
Maaf bukan mahu biadap
Maaf bukan kerana tidak tahu adab
Tapi terpaksa mengalah
Dengan sikap yang tidak terbuka
Dan tidak mahu pun dibuka
Semata untuk mainan,sindiran mahupun usikan
Tolong pergi jauh
Jauh..!