Total Pageviews

20.9.13

Si Tanggang~


Skrip itu masih sama
Walau 7 atau 3 tahun lepas
Intinya tetap serupa
Aku dianggap penderhaka
Yang hanya bertindak mengikut perasaan diri
Tak peduli mereka di sisi
Aku dianggap tidak berguna
Walau kembaraku berjuta kilometer
Ilmu ku tiada makna
Aku dianggap tidak berdaya
Yang tangisan teman setia
Lemah mudah dipijak kepala
Tanpa sedar
Akulah penurut setia
Sentiasa memenuhi impian semua
Suara tidak setinggi mana
Diamku menghormati mereka
Tetapi aku terus
Dilabel pesalah tetap
Walau apa aku lakukan
Semua itu kosong di mata mereka
Aku penat berlagak bahagia
Jiwaku memberontak ingin mencela
Setelah mengharungi segala derita
Ini balasan yang diterima
Aku sedar tempatku bukan lagi di sini
Aku tidak akan pernah menjadi sesempurna mimpi
Aku manusia penuh rasa
Hatiku nipis senipisnya
Mudah terkoyak bila terluka
Andai mereka tidak mengerti
Bagaimana mampu aku mengharapkan
Ada insan lain wujud untuk diri ini
Aku akan pergi
Dan aku janji
Harapan kosong itu tidak akan bersemi lagi
Aku akan berhenti berimaginasi
Yang mereka sangat menyayangi
Kerana sebenarnya mereka
Tidak pernah ambil peduli
Sakit aku
Derita aku
Impian aku
Gembira aku
Semuanya untuk aku sendiri
Terima kasih kerana meletakkan aku di sini
Dan terima kasih kerana membangunkan aku dari mimpi
Dan aku perlu tetap kuat
Untuk menghadapi realiti
Aku bukan lagi aku
Yang mereka boleh banggakan lagi..


2.9.13

Merdeka!


Rasa bangga tengok filem ni..semangat pun ada bila bayangkan perjuangan pemimpin-pemimpin negara masa zaman tu..tak tahulah apa akan jadi kalau peristiwa yang sama berulang lagi..

Tapi,sejarah memang boleh berulang kan..?!

Sepanjang tengok filem ni,mama dekat tepi akan menambah fakta tertentu..seronok bila pergi tengok dengan orang yang pernah hidup zaman pemimpin-pemimpin ni.

'Pagi tu mama tengah siap nak pergi sekolah,tiba-tiba ada pengumuman yang sekolah cuti. Bila dengar je Tun Abd Razak meninggal,semua budak menangis..'

Mama masa tu baru tingakatan 3,sekolah asrama..jadinya,berita hanya akan tahu kalau pihak sekolah beritahu lah kan..

Raya hari tu balik Felda,tengok gambar mama dulu-dulu..perasan ada satu gambar ni, dalam rumah elok je tergantung potret Tun Abd Razak..kagum sekejap dengan semangat sayangkan pemimpin di kalangan orang dulu.

Kenapa ye generasi sekarang tak lagi hormat dan sayangkan pemimpin?

Ikut dari apa yang mama dengan ayah cakap,kebanyakan kisah dalam filem ni betul..ayah bagi 90% untuk kebenaran cerita..tapi untuk kesan drama,memang adalah adegan yang ditambah. Normal lah kan..

Filem ni memang banyak kontroversi..siap ada yang buat poster,tunjuk silap yang ada. Ada ke filem yang sempurna? Bangga sangat dengan filem dari luar,padahal tak datangkan manfaat pun.

Memang tak menyesal tengok cerita ni..seronok sebab dapat bawak mama dengan ayah sekali. Walaupun panggung tak penuh,tapi semangat kami tetap tinggi..*nyanyi lagi Negaraku semangat gila sebelum filem mula..huhu..*

Sebelum mencari kesalahan,nilailah diri dahulu..
Sebelum mulut mencanang yang negatif,biarlah akal berfikir dahulu..
Sebelum merasa diri serba tahu,selidiklah ilmu di dada dahulu..

Kalaulah manusia itu semuanya sempurna,celik hati dan cerdas akalnya,pasti dunia tidak akan bergoncang kerana wujudnya si durjana..sungguh, hidup di dunia ini penuh dengan pilihan yang terpulang pada hati kita untuk memilih yang baik atau buruk..

Ilham itu dari Dia,tapi pilihan di tangan kita..