Total Pageviews

20.9.13

Si Tanggang~


Skrip itu masih sama
Walau 7 atau 3 tahun lepas
Intinya tetap serupa
Aku dianggap penderhaka
Yang hanya bertindak mengikut perasaan diri
Tak peduli mereka di sisi
Aku dianggap tidak berguna
Walau kembaraku berjuta kilometer
Ilmu ku tiada makna
Aku dianggap tidak berdaya
Yang tangisan teman setia
Lemah mudah dipijak kepala
Tanpa sedar
Akulah penurut setia
Sentiasa memenuhi impian semua
Suara tidak setinggi mana
Diamku menghormati mereka
Tetapi aku terus
Dilabel pesalah tetap
Walau apa aku lakukan
Semua itu kosong di mata mereka
Aku penat berlagak bahagia
Jiwaku memberontak ingin mencela
Setelah mengharungi segala derita
Ini balasan yang diterima
Aku sedar tempatku bukan lagi di sini
Aku tidak akan pernah menjadi sesempurna mimpi
Aku manusia penuh rasa
Hatiku nipis senipisnya
Mudah terkoyak bila terluka
Andai mereka tidak mengerti
Bagaimana mampu aku mengharapkan
Ada insan lain wujud untuk diri ini
Aku akan pergi
Dan aku janji
Harapan kosong itu tidak akan bersemi lagi
Aku akan berhenti berimaginasi
Yang mereka sangat menyayangi
Kerana sebenarnya mereka
Tidak pernah ambil peduli
Sakit aku
Derita aku
Impian aku
Gembira aku
Semuanya untuk aku sendiri
Terima kasih kerana meletakkan aku di sini
Dan terima kasih kerana membangunkan aku dari mimpi
Dan aku perlu tetap kuat
Untuk menghadapi realiti
Aku bukan lagi aku
Yang mereka boleh banggakan lagi..


No comments:

Post a Comment