Total Pageviews

Mesir aka Egypt..

25 Disember 2010 - 4 Januari 2011 
Jalan-jalan luar UK yang pertama,jauh kami ke Mesir melarikan diri daripada kesejukkan winter di Leeds. Perjalanan yang agak memakan belanja besar sebab tarikh pergi ke sana dalam musim cuti krismas,dan khidmat pemandu pelancong Kembara Sufi. Tapi tak ada apa-apa yang dikesali sepanjang percutian ni sebab semuanya best.Bila balik semula ke UK,tak ada pun rasa rugi sebab dah keluarkan belanja banyak..=)
Kalau Mesir dah tentulah terkenal dengan piramid.Wuuu..besar ooo..tapi batu yang guna untuk buat piramid tu sejuk.Kami tak masuk pun sebab ade extra charge.Lagipun bak kata ustaz,dalam tu dah kosong.Semua dah angkut bawak masuk muzium.
Hidung dah hilang sebab hakisan dan kalau ikut cerita pernah ade gempa bumi? yang menyebabkan retak.Wonder kan macam mana orang zaman tu boleh bina binaan besar macam ni..siap ukir macam muka orang lagi.Sebenarnya piramid-piramid ni semua makam aka kubur firaun aka pemerintah zaman tu. Mayat firaun ditanam bersama harta yang firaun ni kumpul.Dikatakan,binaan piramid ni,lagi kita masuk dalam,lagi kita menunduk.Kononnya,firaun ni,walaupun dah mati tetap nak orang tunduk dekat dia.Firaun ni anggap diri dia hebat,raja dan penguasa tapi dia percaya jugak yang dia tak boleh melawan satu kuasa yang akan mematikan dia.Cuma ego tak nak mengaku Allah tu wujud,sebab dia rasa diri dia tuhan... 
 
Kisah Nabi Musa dan pengikut banyak boleh jumpa dalam Quran.Kisah menarik yang kadang-kadang terfikir betapa iman seseorang itu sentiasa bertambah dan berkurang.Selepas diselamatkan daripada firaun dengan menyeberangi laut merah,pegikut Nabi Musa yang terselamat diuji pula dengan perintah untuk memasuki Tanah Palestin.Tetapi mereka ni ingkar sebab ada satu kaum yang kuat yang akan menentang mereka.Kepercayaan mereka mula luntur kerana takutkan manusia lain,sedangkan mereka baru sahaja ditunjukkan kekuasaan Allah iaitu membelah laut merah.Sebagai balasan,mereka disesatkan di suatu kawasan tanah tandus yang kering selama 40tahun.Mereka meminta agar Nabi Musa bermohon untuk mendapatkan air.Dengan kuaasa Allah,tongkat Nabi Musa membelah batu besar yang mengeluarkan air.Terdapat 12 belahan untuk 12 kabilah supaya mereka tak berebut.Hebat kan kasih sayang dan kuasa Allah..=)

Gunung Sinai,tempat Nabi Musa berbicara secara terus dengan Allah dalam menerima wahyu iaitu kitab Taurat.Kami tak dapat nak daki sebab hujan.Ustaz kata licin dan risau membahayakan keselamatan semua orang.Jadi kami meredah hujan,pergi untuk melihat dari jauh je.Sayangnya dekat bawah gunung ni dibina gereja.Kami masuk jugak dalam tu,ade lukisan kisah Nabi Musa.Tapi ustaz pesan,sentiada beringat yang sumber dan rujukan kita Quran dan Hadis.Gunung Sinai ni berkait rapat dengan kisah sapi yang berbunyi dan kisah Nabi Harun ditarik janggut.Banyak revise sirah sepanjang berjalan dekat Mesir ni.Dan lagi best,boleh rujuk Quran terus.
Haaa..cantikan padang pasir.Duduk bersila atas padang pasir memang dah ada dalam otak sebelum pergi Mesir lagi tapi tak jumpa padang pasir yang luas dan cantik macam ni.Nampak je matahari terang benderang,tapi sebenarnya berangin sepoi-sepoi bahasa sebab Mesir tengah winter  masa ni.Dan satu lagi impian menjadi kenyataan,dapat naik unta.Tinggi rupanya unta ni..hahaha..=P

Rasanya dalam banyak-banyak trip,yang paling senang nak  recall adalah trip ni.Best!

No comments:

Post a Comment