Total Pageviews

Spain aka Espana aka Andalusia

9 April 2011 - 15 April 2011
Pertemuan dirancang di Liverpool,sebab 'flight' adalah 'direct' dari Liverpool airport ke Malaga,Spain. Musim bunga tahun 2011 sangat 'warm' dan cantik. Sempat bermain 'games' di tepi terusan di Liverpool,sambil makan-makan sementara menunggu bas ke lapangan terbang.
Yang menarik tentang 'trip' kali ni adalah kesempoian ahli-ahli cik kiah.Semua gila-gila,ade 'statue' dekat mana-mana akan dimimikkan oleh kami.Buat muka tak bersalah walaupun orang pandang pelik.*ada aku kisah?!*
Yang paling terkenal dekat Spain mestilah Al-Hambra - Keagungan kerajaan Islam suatu masa dahulu.Kena jalan kaki panjat bukit untuk beli tiket je dulu,lepas tu turun dan jalan-jalan dekat bawah beli 'sauvenir'.Dah sampai masa,panjat balik dan menjelajah Al-Hambra.Banyak kaligrafi dekat dinding-dinding bangunan istana,tapi dah luntur.Andalusia di bawah kerajaan Islam diambil alih oleh Rom(kalau tak silap) tapi lebih dikenali dengan penguasa Kristian.
Mezquita ni terletak dekat Cordoba,tempat yang sama adanya Al-Hambra.Mezquita pada zaman pemerintahan Islam adalah masjid tetapi setelah diambil alih,ditukarkan menjadi gereja.Memang tak banyak kesan-kesan tinggalan binaan masjid.Ukiran kaligrafi dipadamkan,yang dibiarkan hanyalah mimbar,itupun dipagar.Hanya boleh dilihat dari jauh.Dalam mezquita ni dibakar kemenyan (mungkin ada upacara tertentu) dan gelap,malap je, tak tahulah kenapa. Tapi tempat ni sangatlah luas.Dengan kegelapan secara 'literally' dan 'deep meaning',memang sangat senang hilang arah.
Atas kesilapan teknikal tertentu,yang terlalu sulit untuk diungkit kembali(hanya rombongan cik kiah yang tahu),kami ke Barcelona dengan menaiki bas selama 8 jam.Lama tak lama la,sebab tidur je pun sepanjang perjalanan.Sedar-sedar je dah sampai Barcelona.
Dekat Barcelona,terkenal dengan bangunan yang pelbagai.Arkitek sangat digalakkan menjelajah Barcelona,budak Sains macam kami,hanya mampu tengok dan komen kenapalah pelik sangat bangunan yang ada.Senget dan pelik.Yang paling terkenal adalah Gaudi,dan hasil rekaan dia ni selalu digelar sebagai hasil 'kegilaan Gaudi'.Memang gila pun....
Untuk 'traveler' bajet macam kami,loker sangatlah penting untuk simpan barang sebab nak elakkan sewa hotel semata-mata nak ada tempat untuk barang. Loker biasanya besar,muat untuk banyak beg dan orang jugak kalau nak..hahaha..jimat pun jimat..=)
Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang tersembunyi sepanjang perjalanan yang ini,kami tetap sempoi dan 'happy'.Sementara menunggu 'flight' balik ke UK,kami sempat menghabiskan masa mendengar cerita hantu di 'airport',lepas tu minum kopi...

#First spring with such a wonderful experiences!

No comments:

Post a Comment