Total Pageviews

29.4.13

Smile is the best encouragement ever..



Alhamdulillah..AGM dah berlangsung, maka tamatlah riwayat bergelar Vice Presiden LUMSOC untuk sesi 2012/2013..yeeehhhaaaa!



Melepaskan jawatan tu tak sesenang yang disangka rupanya bila memikirkan apakah nasib LUMSOC pada tahun mendatang..ehehh..berdebarnya malam sebelum AGM sampai tak boleh tidur, asyik prektis presentation aktiviti tahunan LUMSOC..Finally, it's really near to the end of the story..baki seminggu je lagi untuk semester terakhir ni, sebelum study week and exam..

me walking through this path
really require a full courage
but i still remember
my fren once said
there're a lot of paths
and we can never know which one is good, which one is bad
but what we should remember
each path teach us something valuable
just walk the path
with smile

=)


25.4.13

I Almost Do..

Yeayyy..Habis sudah presentation untuk final year project..I'm a happy girl today..tapi sakit gler kot kepala bila kena perah otak dan jawab soalan on the spot..But, after that, feel so relieve..sangat2..=D

And the feel that u wanna share the good feeling with someone..seeing that someone are there, online, in other part of world..almost click send to share the news..but then, u delete everything..
Should I
Or shouldn't???

Tinggal seminggu je untuk semester ni. Lepas tu, akan berdepan pulak dengan final exam. Yes, the final war is just around the corner. Focus Izan, Focus!!!

Hey you,
Let me tell you this by telepathy,
I almost finish my journey here!
Wait for me,
If God will,
We'll meet..

Counting days to say
Sayonara UK!!!!!!

23.4.13

Perkara 3 Tahun Lepas...

3 tahun lepas, bila dia buat macam tu, aku tersinggung..
Bila dia tanya, sedaya upaya aku cuba selindung..
Ya aku berjaya, tapi dia tahu aku terasa..
Setahun lepas, dia buat benda yang sama
Kali ni dia tak bagi tahu, tapi aku tahu sendiri
Sakit sangat hati ni..Sangat..
Tapi aku tunggu dia bagi tahu
Tak...Dia diam...Dan aku jugak diam
Tapi aku bagi sesuatu dengan mesej betapa aku terasa..
Tapi dia tak mungkin tahu apa maksud semua kata-kata tu..
Hari ini dia buat benda yang sama lagi
Tapi aku tak dapat nak bagi tahu
'directly' atau 'indirectly'
Yang perasaan 3 tahun lepas, perasaan  setahun lepas masih ada dalam hati aku..
Tak pernah hilang, masih rasa yang sama bila dia buat benda yang macam tu
Dan kali ni aku betul-betul tak boleh buat apa-apa
Hanya boleh perhati dan berharap yang perasaan 3 tahun lepas
Waktu dia bertanya, dan aku menjawab masih ada dalam ingatan dia
Walau sikit, walau samar..
Janji dia, aku simpan tapi aku takkan tuntut..
Salah aku sebab aku anggap dia antara orang yang boleh aku tunjukkan segala
Kelemahan, kekurangan..sikap sebenar aku
Aku lupa, tak ramai yang tahan dengan sikap aku..
Sungguh aku lupa sebab selama ni aku anggap dia di kalangan mereka yang memahami....
Macam keluarga aku sendiri..

22.4.13

Tiba-tiba..


Tiba-tiba je menangis..
Tiba-tiba rasa dunia ni tak best
Tiba-tiba rasa tak suka duduk jauh-jauh
Tiba-tiba rasa tak suka semua benda..
Tiba-tiba je rasa nak bercakap dengan orang
Tiba-tiba rasa tak ada orang 'appreciate'
Tiba-tiba rasa hidup ni dah tak ada harapan
Tiba-tiba rasa semua orang sangat 'freak' dan 'selfish'
Tiba-tiba rasa macam dah tak betul
Tiba-tiba rasa nak mengamuk
Tiba-tibalah semuanya
...
..
.
Ok..Homesick sebenarnya..

"Maka sesungguhnya,bersama kesulitan ada kesenangan, 
sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan.."
[94:5-6]

:::...Pray the best for me, myself & I...:::


19.4.13

Akhirnya...

Akhirnya....rumah akan berpindah milik. Tiga tahun dah duduk rumah ni, tak sangka hari ni melayan orang datang 'view' rumah. Petanda dah sampai masanya balik ke tanah tumpah darah. Tiba-tiba sebak pulak....

Ada beberapa bendalah macam best bila orang datang 'view' dan tanya macam-macam;

1) Orang tu sangat 'observant'. Tak perlu bagitahu dia, mintak bukak kasut, dia nampak kasut tersusun kat tepi pintu, dia terus je bukak kasut. Common sense yang sangat tinggi di situ.

2) Dia mintak kebenaran nak record kami-kami ni bagi pandangan tentang rumah dan kawasan sekitar rumah.

3) Ohh..dia tahu pasal Baiti Jannati. Yang tu rasa macam terkejut sebab Baiti Jannati ni pertandingan antara rumah-rumah orang Malaysia, yang tercantik dan terbersih. Dia cakap, mungkin sebab ni, rumah budak Malaysia lebih bersih berbanding rumah-rumah yang dia pernah pergi sebelum ni. Akhirnya, tanggungjawab sebagai 'duta kecil' Malaysia tertunai :: Dapat berikan pandangan positif tentang orang Malaysia..Alhamdulillah..=)

4) Dia bayar sendiri semua yuran untuk degree dan master. Bila dia tahu, kami-kami ni dapat scholarship, dia pandang macam tak percaya. . Dia tanya berapa dapat sebulan, siapa bayar yuran semua, macam mana boleh dapat, siapa yang sponsor etc. Waktu tu macam bangga cakap,

"Our goverment.." 

Ada doa terselit supaya kerajaan yang sama kekal, InsyaAllah.  Sekali lagi, tangunggawab 'duta kecil' tercapai :: memberi gambaran yang baik tentang kerajaan Malaysia. Alhamdulillah..=)

Walau macam mana benci pun kita, tak suka, menyampah dan rasa nak marah, tak puas hati, duduk sejenak dan berfikir. Perlu ke kita cerita kepada orang asing pasal hal buruk negara? Hal buruk kerajaan Malaysia? Hal buruk pemimpin? Apa faedah yang kita dapat? Pahala pun tak..Dosa mungkin..Cuba fikir sekejap sama ada, apa yang kita luahkan akan beri persepsi baik atau buruk, tentang sesuatu atau seseorang. Depan mata sendiri pernah dengar orang Malaysia bangga cakap dekat orang asing,

"Students in Malaysia are in debt after finished their studies."
"UK education system is so much better than our system."

Tak salah bagi pendapat. Dan lagi tak salah bila pendapat kita tu memang betul pulak. Tapi common sense.. Bukan suruh menipu, tapi 'tackle the question in positive way'. Wujudkan sedikit rasa hormat yang tersisa dalam diri tu untuk negara, bukan kepada kerajaan, kalau susah sangat nak timbulkan rasa tu.

Akhirnya...I'm leaving UK.


17.4.13

Pemerhati Jalanan..


Takut bila tengok cara mereka berbahasa. Tak ada langsung hormat dan adab. Sudah hilangkah melayu di dunia, yang kononnya penuh budi bahasa? Aku tak tahu..

Apabila bahan rujukan yang ada dikatakan ciptaan semata, bila rujuk pada sesawang dikatakan fitnah pula. Cerita pasal pengalaman,semua itu dilabel persepsi minda. Entahlah..

Kalau terasa jasa itu tak perlu dikenang,tak apa. Tetapi kenapa mempersoal mereka yang lain seakan sedang membuat dosa? Kalau anda punya hak, orang lain tidak adakah? Anda boleh memilih, orang lain tidak boleh memilihkah?

Hentilah menyebar berita memburukkan manusia lain. Saham pahala tak bertambah, tanpa sedar saham dosa berganda. Muhasabah sebelum berkata. Fikir kesan kepada diri dan orang sekeliling.

Hak bersuara gunakanlah sebaiknya. Jangan nanti suatu hari, segala macam hak mencari dan menuntut pula.

Hina sungguh rasa diri ini...

15.4.13

Pengalaman..


Aku jumpe akaun twitter paknil dengan twitcon dacing dia..haha..so sweet la paknil..=D

Sejak aku kena hentam masa first year, walaupun aku tak pernah menghentam atau mengeluarkan sebarang kata-kata bahawa aku penyokong parti mane (ok,aku punye beg laptop lambang parti tu..so??), aku rasa aku makin paranoid. Bermula dengan sesi perkenalan, berlanjutan ke mesej dekat FB tentang kenapa aku kena beralih sokongan..pelik..pelik..dan pelik..aku tak balas satu pun.

Aku ingat kisah habis dekat situ. Tapi tak..berlanjutan pulak dalam usrah..aku macam terpinga-pinga saat orang lain sudah mula bersemangat. Aku abaikan lagi dan bersuara sikit-sikit tentang pendapat aku dan kenapa aku fikir macam tu. Macam biasa, peluang itu hanya dibalas sindiran. Yang kemudian diikuti dengan penerjahan ke bilik aku dan 'brainwash' selama lebih kurang sejam atau lebih.ermmm..itu perkara first year.Tapi paranoid aku pada sikap penyokong parti tu menjadi-jadi.

Kemudian timbul pula isu lain. Isu yang terlalu sensitif untuk 'orang yang tahu' tapi aku malas nak masuk campur sangat. Aku tak pandang pihak lagi satu tu salah pun. Dan kalau boleh, aku nak je join pihak tu. Tapi atas dasar hormat, aku diamkan je la kehendak yang itu. Aku memerhati sikap dan tingkahlaku kedua-dua pihak. Pihak mana yang hanya bercakap, dan pihak mana yang bertindak.

Sepanjang aku berdiam ni,aku banyak memerhati dan menilai tapi ikut pandangan mata kasar aku. Ada beberapa sebab kenapa aku tetap dengan pendirian aku tapi aku tetap diam tak nak bersuara. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tak cakap, macam mana mereka nak tahu? Tapi kalau aku cakap, betul ke mereka nak ambil tahu?

Aku belajar dari pengalaman, dan pengalaman tu orang mereka ni jugak yang berikan dulu.
Aku juga belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membina persepsi dalam diri aku.
Aku sentiasa belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membantu aku menapis segala isu.

Tak nak jadi orang yang hanya tahu berkata, yakin dengan kata-kata dan bangga menyebarkan kata-kata. Hakikatnya, setiap kata teriring pula dengan dosa. Dah terlalu banyak dosa dipikul, tak nak menambah dengan sengaja menyakitkan hati saudara.

Selamat Mengundi!Jangan lupa muhasabah seketika..

July,please come faster!

Apa yang aku suka sangat Easter Break terakhir aku ni,

1)Awal-awal cuti dah meronda..Dua tempat sekali pulak tu..and the best point is, aku dapat bawak balik about 100 Euro. Ini menunjukkan aku berjaya berjimat-cermat dengan gagahnya makan megi dan nasi segera..haha..

2)Snow,snow,snow..membolehkan aku tidur dalam kesejukkan, tak perlu keluar kerana jalan licin. Tak adalah rasa bersalah sangat bila orang tanya,
"lama tak nampak?"
Walaupun selalu complain sejuk, still menyedapkan hati sebab ini snow terakhir.InsyaAllah Malaysia,aku menanti kehangatan mu..=D

3)Movie + Drama..updated dah rasanye. Melainkan latest drama yang tak menarik perhatian. And, finished two malay drama--> Sindarela + Ariana Mikhail..well, aku suka layan drama melayu because I am so malay..hihi..

4)Dapat berangan jadi suri rumah sepenuh masa. Bangun pagi buat breakfast, basuh baju, kemas bilik.. tengah hari masak lunch sambil tengok drama..petang sikit buat kuih untuk minum petang..Masak dinner dan tak lupa supper. Bila weekend, pegi beli barang dekat town. Feeling habis. Kalau tanya sekarang habis belajar nanti nak kerja apa, aku akan jawab dengan bangga,
"surirumah sepenuh masa.."

5)Last but not least,aku dpt prektis ukulele yang selama ni pandang je aku. Aku sempat belajar main lagu 'I knew you were trouble' dan baru je nak belajar 'Lucky', dapat complain. Bising sangat kot. Tak ape, aku paham sebab aku pun tak suka orang bising2..so ukulele,aku sentuh bila orang tak ada dekat rumah la ye..=)

Now comes the reality

-Aku nak lepak library lah kot. Terasa sangat dengan orang yang anti sangat dengan aku. Tak nak lah buat dia sakit hati..Aku mengalah untuk kebaikan bersama..
-Duduk senyap2 dalam bilik,menyanyi pun dalam hati je lah..huhu..=P
-Study please..Final exam dah dekat..
-And you July,please come faster!


13.4.13

Lelaki dot, dot, dot


Kau fikir kau siapa
cinta ini kau buang saja
ku tak perlukan memori
dan kau tak perlu kembali
kau fikir ku apa
siang malam engkau yang punya
kau datang dan kau pergi
kau buat aku begini
oh, lelaki tak guna
ku berikan semua
banggakah dirimu, kekasihmu sahabatku
rupanya selama ini, dia menaruh hati
adakala aku terfikir
kau berikannya janji yang sama
kau katakan padaku 10 tahun yang lalu
oh, lelaki tak guna
ku berikan semua
ini rupanya kau balas kembali
semua yang ku beri tak pernah mencukupi
kau bukan lagi yang aku kenali
perempuan sepertiku tak ingin bersamamu
dahulu kau bukan begini kau hancurkan hati
ku yakin dahulu kau bukan, kau bukan, kau bukan
lelaki tak guna
ku berikan semua
lelaki tak guna
ku berikan semua
Lelaki..lelaki
tak guna, tak guna, tak guna


Cermin


haaa..what politic?? Sorry i am not a politician..never be..errrr..maybe..hahaha..
If i be a politician...i hope i can change Malaysian not Malaysia..especially Malay..
Tapi, Mahathir pemimpin yg hebat tu pun terkandas dalam perjuangan menjadikan melayu sebagai golongan pemikir kelas pertama..

"Dari The Malay Dilemma, kita akan sedar bahawa dia mahukan perubahan supaya Komuniti Melayu akan menjadi progresif seperti yang bukan melayu. Tapi dia merasakan dia tidak mencapainya semasa tempoh dia menjadi Perdana Menteri" 
- Tun Dr. Siti Hasmah

"Hampir setiap tahun saya merayu kepada mereka, saya berdoa, saya menangis, saya sudah cuba apa yang boleh untuk meyakinkan mereka perlu berubah. Jika tidak berubah, mereka tidak akan berjaya. Tapi selepas 22 tahun mencuba, saya rasa saya gagal." 
- Tun Dr. Mahathir Mohamed

And somehow, Mahathir did say,
"Saya suka mengkritik diri saya sendiri. Jika saya katakan sesuatu tentang orang lain, saya sering bertanya bagaimana dengan diri saya? Jika saya rasa diri saya bukan lebih baik daripada orang lain, saya tak rasa saya mencapai apa pun."



Berbalik semula kepada perumpamaan cermin, kalau takut terlupa, letaklah cermin merata-rata..



12.4.13

Honesty: Don't Expect from CHEAP people


Tak apalah..


Sabar tu perlu
Bila berhadapan dengan mereka
Yang hanya tahu berbicara
Di alam maya
Mencari simpati
Dan meraih perhatian
Mungkin tak sedar
Boleh timbulkan rasa tidak senang
Pada yang membaca
Atau memberi gambaran buruk
Tentang seseorang
Kenapa benci sangat pada aku?
Nak tahu juga apa salah pernah aku buat
Sampai macam tu sekali ulasan
Sabar kena sabar
Cuma hati memberontak
Tapi dikuatkan supaya jangan ambil kisah
Sebab tahu hati ini tak cukup kuat
Untuk tahu apa yang dia cukup tak suka tentang aku..


11.4.13

i choose not to




How friendship/relationship end? 
Both people will think the other is busy & will not contact, 

thinking it may be a disturbance. 
As time passes both will think, 
let the other contact me first.
After that each will think why should I contact first... 
In the end your Love will be converted into Hate,
You forget each other 
and someday you will meet & blame one another...
So keep in touch with those you care..

But i choose not to..
Not because i don't care
But the pain is so hurtful..




Menyampah!


Tolonglah, hormati masa dan suasana. Nak bersikap ceria biarlah kena tempat, nak buat lawak biarlah kena pada keadaan. Dalam keadaan perlukan buah fikiran, janganlah sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' dan 'cakap besar'. Sungguh, sangat penat dengan sikap yang macam ni.


Bila rasa tak puas hati dengan sikap orang, selalu akan reflek diri sendiri balik..

Tak nak komen banyak-banyak, sebab tak cermin diri sendiri lagi.. Tapi sikap itu sangat-sangat menimbulkan rasa menyampah dalam diri..


Tapi sekali lagi, mungkin diri yang banyak komen dan selalu rasa menyampah ni kena bersedia. Mungkin esok atau lusa, anda akan diuji dengan sikap yang serupa. Sekali sudah tidak suka dengan sesuatu perkara, sentiasalah duduk di hadapan cermin agar tak buat perkara yang sama. Ingat!

P/S:: Mana ada manusia yang sempurna. Setiap seorang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..=)

9.4.13

Ayah..

I am not really know how to say
I Love You
or
I Miss You
and
To say it when I really mean it
Will make me cry 
Because
I am not a type of person
Who easily display my feeling
By talking
I usually display it
By action and time spending

Ayah..
Seorang lelaki yang garang, tegas dan sangat mengongkong. Tak pernah berani nak lawan cakap ayah. Kalau ayah marah, hanya boleh diam dan menangis. Takut dengan ayah tapi dalam masa yang sama, sangat hormat ayah sebagai ayah.
Ayah..
Lelaki pertama yang buat aku menangis terharu. Ayah tulis surat menggantikan tempat mama. Saat baca tulisan itu, segala rasa marah pada ayah hilang. Ayah pandai sorok rasa hati, tapi daripada tulisan ayah segala rasa itu terbit dalam hati.
Ayah..
Hormat pada dia bukan sebarangan. Ayah sanggup berkorban, berjuang dan berusaha untuk kami anak-anak. Sampai rasa hati ini terlalu sakit kalau sesekali melukakan hati ayah.
Ayah..
Rasa rindu ini tak mampu terucapkan. Rasa segan dengan ayah bukan kerana jauhnya hubungan. Tapi kerana hormatkan ayah yang akan malu-malu bila perasaan ini diluahkan. Takkan nak biar ayah tersipu-sipu depan adik-adik yang masih cuba mengenali sisi ayah yang ini.
Ayah..
Semoga Allah sentiasa melindungi ayah dan keluarga kita. Semoga Allah berkati usaha ayah dalam membesarkan kami. Keberkatan itu, takkan terlihat oleh mata hanya dirasa oleh hati. Semoga Allah redha dengan usaha ayah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa ayah..
Ayah..
Akan aku usahakan agar engkau dapat merasa rasa sayang ini tanpa perlu aku luahkan. Sayang ayah!

Selamat Hari Jadi!

8.4.13

Meaningless!


..You could be my unintended joys
To live my life extended
You could be the one I always Love..

Apa makna kehidupan yang hanya mencari-cari perhatian dan penghargaan daripada manusia? 
= Meaningless sebab manusia takkan tahu menghargai bila ada depan mata, tapi akan tercari bila dah hilang.

Apa makna hidup kalau siang malam habiskan masa dengan benda yang sama? Kalau benda yang sama tu berfaedah takpe, masalahnya..benda yang sama tu melalaikan. Sedar-sedar, hari dah malam dan dah tiba pun masa tidur.
= Meaningless sebab rugi gila kot masa terbuang macam tu je. Duit kalau habis, boleh cari. Masa kalau terbuang, mana nak korek lagi?

Apa makna kehidupan yang asyik menyalahkan diri sendiri. Lepas tu, cari pulak kesalahan orang lain supaya kita tak adalah rasa rendah sangat sebab orang lain pun sama je dengan kita. Lepas tu bangga dan sebarkan dekat twitter..#Eh
= Meaningless sebab banyak lagi benda lain boleh buat. Dan perbuatan tu tak menambahkan koleksi pahala pun.....

Yes, my life is so boring and so 'serabut'. 
I sit silently in this cave, alone and creating a fantasy. 
I cry, I laugh then I'll regret when the day just past by without me doing anything important. 
I know why and I try to delete everything. 
Oh, my life is so Meaningless!


7.4.13

Me so no good in Politic..


Politic is something interesting..sesuai dengan manusia yang muka tebal, hati batu n otak bernas.. sentiasa geliga dengan idea, macam mana nak tarik perhatian orang. Politic is something tactical and need proper strategy. Macam mana nak survive untuk jangka masa yang lama dan macam mana nak kekal lama dalam pemikiran manusia. Macam main guli, cara nak tuju kena betul. Kalau salah tuju, bukan guli lawan yang terkeluar, tapi guli kita sendiri. Sebab tu, banyaklah kata-kata sinis dan cerita-cerita sensasi. Yang penting kena 'hot' dan terkini. Tak boleh nak salahkan ahli politik, sebab orang ramai sendiri yang tercari-cari maklumat yang macam ni. (Tapi tak semua kann..uhuks,clicheeee....).
Sama ada latar biru bersama dacing masih bertakhta atau gabungan bulan purnama, bulan terbelah dua dan roket pula, biarlah rakyat penentunya. Itu secara kiasan je. Sebab sebenarnya, semuanya ditentukan oleh Allah. Yang banyak bersuara, harapnya turunlah mengundi. Yang selalu berkempen di alam maya, harapnya depan orang ramai pun boleh bercakap juga. Yang cuba memujuk saudara-mara mengundi pemerintah yang sama, semoga berjaya. Yang cuba duduk di atas pagar sambil memerhati lama, dah sampai masa anda perlu turun dan perlu tahu ingin turun di arah mana.

hei anda!Yang sedang sibuk menulis dan asyik tersenyum sinis, anda bukanlah hebat mana kerana anda tak mengundi pun!


6.4.13

menulis lagi..



Dah lama tak menulis dan terasa attached dengan penulisan sendiri..yes,I'm back but I used my study time..itu yang tak patut. I try to make it short, simple and not too complicated. I'll try to put the ending, hopefully for this story. Banyak cerita yang tergantung sebab tak tahu sebenarnya ending macam mana yang nak dalam hidup ni. Tak sanggup nak buat ending yang sedih sebab kalau itu yang betul-betul jadi, sanggup ke nak hadapi rasa sedih tu. Tapi bila nak buat happy ending, rasa tak logik. Boleh nampak tak permainan dekat situ?hihi..later, akan habiskan satu persatu cerita. Then akan compile. Hobi ni dah lama stop especially masa A-level. Sebab ape? Sebab masa tu, semuanya realiti bukan fantasi. Enough, tak perlu cakap banyak tentang tu..What shud I put as a title?again, masalah datang lagi. Not really good in giving a suitable title. ok, I better finish the story first and then think about the title.Yoshh!

"Sepanjang ku bisa, atasi semua.......Aku tetap diam."

5.4.13

Bukan Dia Tapi Aku-Judika


Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini cuba fahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kerna ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya
Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kerana ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya
Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sedar itu
Bukan dia, bukan dia tapi aku
Begitu beratnya ini
Hinggaku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya oh sakitnya
Cintaku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan biar, jangan biar
Cukup aku

From Paris to Turkey To Italy to Germany-Adios!


Paris
Biarkan waktu teruslah berputar,mencintai kamu penuh rasa sabar, meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas untuk bertahan..cintaku padamu begitu besar, namun kau tak pernah bisa merasakan, meski sakit hati ini kau tinggalkan, ku ikhlas untuk bertahan..kau meninggalkanku tanpa perasaan, hingga ku jatuhkan air mata, kekecewaanku sungguh tak berarah,biarkanku harus bertahan..jangan pernah kau cuba untuk berubah, tak relakan yang indah hilanglah sudah,jangan pernah kau cuba untuk berubah, ku relakan yang indah dalam hatinya....

Turki
kau katakan padaku, betapa lelahnya dirimu menghadapi aku..kau katakan padaku, ingin kau mengakhiri semua ini..Tak bisakah engkau cuba, melihat diriku dan semua cintaku..tak bisakah engkau cuba, hargai hatiku dan perasaanku untukmu..cubalah untuk mengerti aku seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu..cubalah untuk merasakanku,seperti aku yang merasakan semua isi hatimu..



Italy
kau muncul di depan pintu, tika aku mulai melupakanmu, ini bukanlah pertama, seperti dejavu, kau pun tahu..tanpa ada penjelasan, kau datang dan pergi, aku cuma mainan, cintaku bukan palsu, tak seperti cintamu...Tuhan tolong jauhkan diriku dari si dia, kerna ku tak mampu menahan dari mencintai dirinya.. kerna cintamu tak mungkin ku miliki..kau pergi sekali lagi, tika aku mula mengharapkanmu, cintaku bukan palsu, tak seperti cintamu...

Germany
But this time I'm telling you..I'm telling you
We are never ever ever getting back together...








4.4.13

Yes, I miss you so much! Sangat-sangat!


Bila dengan adik-beradik sendiri,kadang-kadang kita rasa jauh...mungkin sebab selalu sangat bersama kawan-kawan sejak dari zaman sekolah, duduk pulak sekolah asrama..perasaan jauh tu sangat terasa dekat hati ni..tapi, sampai satu masa, kita akan sedar yang pertalian darah tu kuat mengikat..
Kawan kalau jauh, hilang boleh jadi susah nak jumpa lagi. Kalau jumpa pun, perasaan tak akan sama masa kita tinggal satu dorm atau blok dulu. Ada sesetengah, pandang kita sebelah mata sebab dah ada yang istimewa.
Saudara sedarah ni, pergilah jauh mana, bila jumpa hati pasti terpaut. Perasaan bercampur baur bila lama tak jumpa. Nak cakap yang kita rindu, tapi malu. Kalau dekat, memang dah lama peluk kuat-kuat..
Maaf ye adik-adik..selama ni selalu rasa yang korang dah jauh, tak rasa apa yang ada dalam hati ni..Tapi sebenarnya korang rasa je benda yang sama. Cuma, sebab kita adik-beradik, suka berdalih tentang perasaan dan rasa rindu. Yes, I miss you so much! Sangat-sangat!