Total Pageviews

19.4.13

Akhirnya...

Akhirnya....rumah akan berpindah milik. Tiga tahun dah duduk rumah ni, tak sangka hari ni melayan orang datang 'view' rumah. Petanda dah sampai masanya balik ke tanah tumpah darah. Tiba-tiba sebak pulak....

Ada beberapa bendalah macam best bila orang datang 'view' dan tanya macam-macam;

1) Orang tu sangat 'observant'. Tak perlu bagitahu dia, mintak bukak kasut, dia nampak kasut tersusun kat tepi pintu, dia terus je bukak kasut. Common sense yang sangat tinggi di situ.

2) Dia mintak kebenaran nak record kami-kami ni bagi pandangan tentang rumah dan kawasan sekitar rumah.

3) Ohh..dia tahu pasal Baiti Jannati. Yang tu rasa macam terkejut sebab Baiti Jannati ni pertandingan antara rumah-rumah orang Malaysia, yang tercantik dan terbersih. Dia cakap, mungkin sebab ni, rumah budak Malaysia lebih bersih berbanding rumah-rumah yang dia pernah pergi sebelum ni. Akhirnya, tanggungjawab sebagai 'duta kecil' Malaysia tertunai :: Dapat berikan pandangan positif tentang orang Malaysia..Alhamdulillah..=)

4) Dia bayar sendiri semua yuran untuk degree dan master. Bila dia tahu, kami-kami ni dapat scholarship, dia pandang macam tak percaya. . Dia tanya berapa dapat sebulan, siapa bayar yuran semua, macam mana boleh dapat, siapa yang sponsor etc. Waktu tu macam bangga cakap,

"Our goverment.." 

Ada doa terselit supaya kerajaan yang sama kekal, InsyaAllah.  Sekali lagi, tangunggawab 'duta kecil' tercapai :: memberi gambaran yang baik tentang kerajaan Malaysia. Alhamdulillah..=)

Walau macam mana benci pun kita, tak suka, menyampah dan rasa nak marah, tak puas hati, duduk sejenak dan berfikir. Perlu ke kita cerita kepada orang asing pasal hal buruk negara? Hal buruk kerajaan Malaysia? Hal buruk pemimpin? Apa faedah yang kita dapat? Pahala pun tak..Dosa mungkin..Cuba fikir sekejap sama ada, apa yang kita luahkan akan beri persepsi baik atau buruk, tentang sesuatu atau seseorang. Depan mata sendiri pernah dengar orang Malaysia bangga cakap dekat orang asing,

"Students in Malaysia are in debt after finished their studies."
"UK education system is so much better than our system."

Tak salah bagi pendapat. Dan lagi tak salah bila pendapat kita tu memang betul pulak. Tapi common sense.. Bukan suruh menipu, tapi 'tackle the question in positive way'. Wujudkan sedikit rasa hormat yang tersisa dalam diri tu untuk negara, bukan kepada kerajaan, kalau susah sangat nak timbulkan rasa tu.

Akhirnya...I'm leaving UK.


No comments:

Post a Comment