Total Pageviews

7.4.13

Me so no good in Politic..


Politic is something interesting..sesuai dengan manusia yang muka tebal, hati batu n otak bernas.. sentiasa geliga dengan idea, macam mana nak tarik perhatian orang. Politic is something tactical and need proper strategy. Macam mana nak survive untuk jangka masa yang lama dan macam mana nak kekal lama dalam pemikiran manusia. Macam main guli, cara nak tuju kena betul. Kalau salah tuju, bukan guli lawan yang terkeluar, tapi guli kita sendiri. Sebab tu, banyaklah kata-kata sinis dan cerita-cerita sensasi. Yang penting kena 'hot' dan terkini. Tak boleh nak salahkan ahli politik, sebab orang ramai sendiri yang tercari-cari maklumat yang macam ni. (Tapi tak semua kann..uhuks,clicheeee....).
Sama ada latar biru bersama dacing masih bertakhta atau gabungan bulan purnama, bulan terbelah dua dan roket pula, biarlah rakyat penentunya. Itu secara kiasan je. Sebab sebenarnya, semuanya ditentukan oleh Allah. Yang banyak bersuara, harapnya turunlah mengundi. Yang selalu berkempen di alam maya, harapnya depan orang ramai pun boleh bercakap juga. Yang cuba memujuk saudara-mara mengundi pemerintah yang sama, semoga berjaya. Yang cuba duduk di atas pagar sambil memerhati lama, dah sampai masa anda perlu turun dan perlu tahu ingin turun di arah mana.

hei anda!Yang sedang sibuk menulis dan asyik tersenyum sinis, anda bukanlah hebat mana kerana anda tak mengundi pun!


No comments:

Post a Comment