Total Pageviews

15.4.13

Pengalaman..


Aku jumpe akaun twitter paknil dengan twitcon dacing dia..haha..so sweet la paknil..=D

Sejak aku kena hentam masa first year, walaupun aku tak pernah menghentam atau mengeluarkan sebarang kata-kata bahawa aku penyokong parti mane (ok,aku punye beg laptop lambang parti tu..so??), aku rasa aku makin paranoid. Bermula dengan sesi perkenalan, berlanjutan ke mesej dekat FB tentang kenapa aku kena beralih sokongan..pelik..pelik..dan pelik..aku tak balas satu pun.

Aku ingat kisah habis dekat situ. Tapi tak..berlanjutan pulak dalam usrah..aku macam terpinga-pinga saat orang lain sudah mula bersemangat. Aku abaikan lagi dan bersuara sikit-sikit tentang pendapat aku dan kenapa aku fikir macam tu. Macam biasa, peluang itu hanya dibalas sindiran. Yang kemudian diikuti dengan penerjahan ke bilik aku dan 'brainwash' selama lebih kurang sejam atau lebih.ermmm..itu perkara first year.Tapi paranoid aku pada sikap penyokong parti tu menjadi-jadi.

Kemudian timbul pula isu lain. Isu yang terlalu sensitif untuk 'orang yang tahu' tapi aku malas nak masuk campur sangat. Aku tak pandang pihak lagi satu tu salah pun. Dan kalau boleh, aku nak je join pihak tu. Tapi atas dasar hormat, aku diamkan je la kehendak yang itu. Aku memerhati sikap dan tingkahlaku kedua-dua pihak. Pihak mana yang hanya bercakap, dan pihak mana yang bertindak.

Sepanjang aku berdiam ni,aku banyak memerhati dan menilai tapi ikut pandangan mata kasar aku. Ada beberapa sebab kenapa aku tetap dengan pendirian aku tapi aku tetap diam tak nak bersuara. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tak cakap, macam mana mereka nak tahu? Tapi kalau aku cakap, betul ke mereka nak ambil tahu?

Aku belajar dari pengalaman, dan pengalaman tu orang mereka ni jugak yang berikan dulu.
Aku juga belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membina persepsi dalam diri aku.
Aku sentiasa belajar dari pengalaman dan pengalaman tu membantu aku menapis segala isu.

Tak nak jadi orang yang hanya tahu berkata, yakin dengan kata-kata dan bangga menyebarkan kata-kata. Hakikatnya, setiap kata teriring pula dengan dosa. Dah terlalu banyak dosa dipikul, tak nak menambah dengan sengaja menyakitkan hati saudara.

Selamat Mengundi!Jangan lupa muhasabah seketika..

No comments:

Post a Comment