Total Pageviews

23.5.13

Sketsa Hati

Penat...
Penat jaga hati manusia..
Aku memang suka perhatian,
tapi perhatian yang aku cari adalah perhatian mereka yang aku sayang..
Perhatian mama,ayah,adik-adik,kakak,abang..dan kawan-kawan yang aku rasa mereka faham..
Betul,aku akan minta perhatian tak kira masa..
Bila aku sedih,bila aku kecewa,bila aku putus asa,aku nak mereka ni ada..
Kalau tak ada,aku merajuk,menangis dan tarik muka...
Aku tak fikir sebenarnya mereka juga punya hidup dan perhatian lain selain aku...
Kalau dekat,mereka boleh nampak perubahan sikap aku,air muka aku..
tapi mereka takkan tahu kenapa aku macam tu..walau beribu kali mereka bertanya,selama itu aku membisu...
Kalau jauh..mereka takkan tahu..semudah itu..
Aku lemah di mata mereka..aku sukar difahami..aku susah nak diselami...

Bila di luar,jangan minta aku turun membeli barang seorang..aku takut..
Bila dalam keramaian,jangan tinggal aku seorang..aku takut..
Bila meminta pendapat,jangan iring dengan kata perlian..aku takut..
Bila aku menangis jangan minta aku berkata apa sebabnya..aku takut..
takut yang bertanya akan terluka..

Sejauh mana mereka mengenali sisi kelemahan aku,aku tetap ditinggalkan,dibiarkan,diabaikan..
Sejauh mana mereka tahu penakutnya aku,aku tetap dilepaskan,dibebaskan jauh dari pandangan..

Dalam sendiri..aku terpaksa..
Terpaksa berjual beli,terpaksa masuk dalam orang ramai, terpaksa memberi pendapat, terpaksa meluahkan rasa hati..
Aku nampak gah dalam keterpaksaan yang mempamerkan sisi kehebatan aku..
Ya..Aku menjadi bukan aku bila aku bersama mereka yang tidak mengenali sisi kelemahan aku..
Sisi kelemahan yang hanya Dia,dia dan mereka yang tahu..
Mereka sudah biasa..
Dia kenali aku sebelum wujud lagi di dunia..
Tapi dia tak mudah menerima..

Kalau engkau belum ku tunjukkan sebarang sisi kelemahan,
Jangan engkau khabarkan yang engkau sahabat..
Belum cukup kenal dengan siapa sebenarnya aku
Kerana engkau hanya melihat sisi kehebatanku..
Sisi kehebatan yang kaku,palsu dan tipu..
Kepada yang tahu sisi kelemahanku dan masih ada bersamaku..
Tahniah..engkau memang sahabat sejati..
Kerana engkau mampu menerima aku..

Dalam keselesaan bersisikan kehebatan,
Aku rasa jauh dari kebenaran,hanyut dalam pujian dan lemas dengan kepalsuan..
Kembali aku menyelami sisi kelemahan..
Suatu sisi yang mencerminkan aku yang sebenar,aku yang dulu,aku yang aku..
Ternyata segala pujian menghilang..Keramaian mula beransur pergi..hingga namaku hampir tidak dikenali..
Biarlah mereka yang lain mengambil tempatku..Aku sudah penat menipu..
Aku penat menipu diri aku..

Kepenatan yang aku rasa
Semoga membuka ruang dan jalan bahagia
Jauhkan aku dari insan yang hanya bermuka
Dekatkan hatiku dengan kesayangan dan keluarga
Biar mereka menghina
Aku sedar aku sentiasa ada Dia..

20.5.13

Almost press enter...


Aduhhh..
Sakitnya..
Rasa nak marah,
Rasa nak jerit,
Rasa nak hempas barang
Semua ada..
Perasaan bila kita nak sangat buat sesuatu
Tapi kita paksa diri untuk berhenti
Alihkan perhatian
Sibukkan diri dengan benda lain
Supaya sesuatu yang kita nak
Hilang sendiri dari pandangan
Sakit sangat..
Bila kita tahu yang
Lebih baik membiarkan
Daripada terus kejar
Dan kejar
Dan kejar
...
..
.
Bayang-bayang

18.5.13

Dahlia


Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan
Rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera
Mencintaimu
menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau perih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Rasakan
Rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera..

Mungkin sebab umur dah bukan muda remaja,tak layan sangat cerita cintan cintun kanak-kanak.Lagi minat tengok cerita konflik yang 'involve' family.Dari zaman sekolah,aku selalu nasihat orang jangan percaya sangat lelaki tak kiralah siapa pun lelaki tu...Aku selalu jugak marah perempuan yang menangis sebab lelaki..=P
But somehow,i know what it feel..lets learn from mistakes,move on with smile..
Cerita Dahlia ni pun tipikal cerita suami curang dengan kawan sendiri.But somehow,although it's typical,it happened everywhere.Cubalah tanya siapa yang tak pernah dengar kisah yang lebih kurang sama, tapi mesti cerita 'first hand' bukan cerita atas mulut orang.Almost semua orang kot penah dengar,tak kiralah pelaku dia lelaki ke perempuan.Dah macam culture pulak..hahaha..
The fact that everything happened with reason,we must take it positively.Maybe Allah wanna show us who actually our real friends,our enemy and how far we've abandoned Him because we feel that we had enough of everything. 
Allah tak kejam,tapi kita yang kejam dengan diri kita sendiri.Kan Allah dah janji,Dia akan balas segalanya ikut perbuatan kita..=)

*Muhasabah, sentiasa meminta maaf dan memaafkan.Lets have a better life..=)

11.5.13

sindarela..


dan bila hadirmu
mengaburi hatiku
meniti waktu mengisi saat
kisah dongengku....

7.5.13

Because it's a final...



 Finally,final year,final day of final sem..everything about FINAL!
Final presentation for team project--> Dragon Den's..


They're so excited..although it's so tiring, but we must give all that we can..

Naturally Dairy Free Dessert for you!

Our team's poster..=D

 Orange theme!


Yeahh!
We made it!!!


6.5.13

Perjuangan belum selesai!

Alhamdulillah...menang lagi..=)
Disebabkan fb aku tu penuh dengan penyokong pembangkang,secara tak langsung aku jugak termasuk dalam golongan yang fikir,
"Ada kemungkinan kerajaan tukar kali ni.."

sebab golongan ni sangat yakin,hampir pasti yang kerajaan akan bertukar milik.Malam sebelum PRU,banyaklah doa-doa meminta kesejahteraan Malaysia. Aku minta, yang terbaik untuk semua.

Sepanjang tempoh pembuangan undi,macam-macam ragam manusia di fb.Ada yang berkongsi gambar jari dicalit dakwat, tak kurang ada juga yang cuba menghilangkan dakwat guna berus, klorox dan sebagainya.Tanda protes kot atau nak mengundi sekali lagi.Tak tahu. Jam 5 ptg waktu Malaysia, pusat mengundi ditutup.Ada gambar seorang pengundi yang berlari kerana baru sampai ke tempat undi.Sebak sekejap.Sebab aku tak mengundi..=(

Seawal jam 7.30malam, keputusan mula masuk bermula dengan Sarawak.Sabah&Sarawak sedia maklum adalah lubuk emas BN.Tapi hati gundah gulana.Ibarat tengah tengok bola,selesa menguasai permainan tetapi tiba-tiba lawan menyerang!
Perbezaan BN & PR tak jauh.Bila-bila masa boleh dipintas.Jam 11 lebih,BN berjaya mendapat majoriti mudah.Alhamdulillah...Aku tersenyum sendiri.Lebih seronok rasanya bila kita fikir kita akan kalah,tapi akhirnya kita menang.Senyum memanjang!
Tapi,Perak belum pasti lagi.Sengit sangat. Masa tu,beza kerusi dun hanya 1 dan ada 4 lagi belum dapat keputusan.Berdebar!12 malam,lebih sikit dapat tahu keputusan.Alhamdulillah sekali lagi,Perak masih diperintah BN.

Teringat perbincangan aku dengan Lai Moon tentang peluang wakil DAP menjadi PM kalau PR menang.
Aku tak tahu.
Tapi kalau polisi PR sama dengan BN, di mana PM adalah wakil daripada parti yang majoriti menyumbang kerusi parlimen,peluang DAP sangat besar.Dia tanya semula kenapa, kerana pembahagian kerusi antara parti dalam PR lebih kurang sama.Aku hanya bertanya semula,
"kalau di kawasan majoriti cina,ada BN dan DAP,orang cina pilih mana?"
"DAP"
"kalau di kawasan majoriti melayu,ada BN dan PAS,orang melayu pilih mana?"
"ermmm..tak tahu.."
"peluang DAP lagi tinggi.DAP mungkin menang semua kerusi yang dipertandingkan,tapi mungkin tak untuk PKR dan PAS.Jadi sekarang rasa-rasanya,parti mana penyumbang majoriti kerusi PR"
"DAP"

Aku senyum.Dalam hati berdebar-debar.
Aku cuba memahami perlembagaan.Setakat ini,dalam perlembagaan tiada termaktub tentang spesifikasi perlantikan Perdana Menteri.Mungkin aku terlepas pandang.Aku harap ada termaktub sesuatu tentang PM.

Syabas BN.Semoga berupaya memimpin negara ke satu tahap yang lebih maju dan berdaya saing.Kalau ada salah,mengaku dan perbetulkan.Kalau ada yang menabur fitnah,yakinlah Allah Maha Tahu segalanya. 
Jangan kerana persepsi masyarakat,
pemimpin hilang semangat..
teruslah berjuang..!
kerana perjuangan ini belum selesai..

2.5.13

sembang santai aku dan mama


"mama,boleh tak kalau tetap nak jadi ptd kalau kerajaan tukar?"

Perdebatan antara aku dan mama bermula. Titik perbincangan kami adalah,mengapa kakitangan kerajaan perlu mendokong dan menyokong kerajaan.

"terpulang. Tapi nanti kena sokong parti yang dapat jadi kerajaan tu lah.."
"Kenapa pulak? Kalau tetap sokong yang kalah tak boleh ke?"
"Kenalah pilih. Sebab menjadi kakitangan kerajaan,kita bekerja untuk kerajaan.."
"Tak..bekerja untuk rakyat dan negara. Bukan untuk kerajaan.."
"Betul.Tapi siapa pemerintah negara dan pemimpin rakyat tu?"
"Betullah,dah jadi PM automatik pemimpin negara dan rakyatlah.Tapi hak sebagai warganegara Malaysia untuk tidak menyokong parti yang memerintah tetap boleh kan?"
"Kena letak jawatan ptd la kalau macam tu.."
"Tak adil la macam ni!"

Terlihat mama tergelak kecil,disebalik skrin.Mama membetulkan duduk,mengadap anak perempuan yang seorang ini.

"ok..Tugas kakitangan kerajaan adalah melaksanakan dasar kerajaan. Dasar kerajaan dibuat oleh parti yang memerintah. Kalau kita tak sokong dasar yang dibuat oleh mereka, macam mana kita nak bekerja, menegakkan dasar mereka?ini yang mama kata menjadi duri dalam daging.Tak mahu usaha sungguh-sungguh sebab dalam hati ada rasa tak suka.Itulah yang banyak jadi sekarang ni.Mama dah penah bagi contoh kan?"

Aku diam,mencemik memandang mama.

"Jadi, kena letak jawatan la ni?"

**bajet dah jadi ptd..berangan kalah mat jenin~

1.5.13

pity me to have as me..


bila sesekali sakit,rasa macam lemah sangat..siapa suruh masa sihat tak nak beringat..padan muka untuk diri sendiri..
yang lagi tak best bila tahu je sakit tu sebab ape..and ade belajar pulak,so boleh agak why n when sakit ni akan datang..so izan azizi,ingatlah makan jangan sengaja tinggal..ur body is not fit enough especially to handle those stress..have some pity for ur own body plezzz..