Total Pageviews

23.5.13

Sketsa Hati

Penat...
Penat jaga hati manusia..
Aku memang suka perhatian,
tapi perhatian yang aku cari adalah perhatian mereka yang aku sayang..
Perhatian mama,ayah,adik-adik,kakak,abang..dan kawan-kawan yang aku rasa mereka faham..
Betul,aku akan minta perhatian tak kira masa..
Bila aku sedih,bila aku kecewa,bila aku putus asa,aku nak mereka ni ada..
Kalau tak ada,aku merajuk,menangis dan tarik muka...
Aku tak fikir sebenarnya mereka juga punya hidup dan perhatian lain selain aku...
Kalau dekat,mereka boleh nampak perubahan sikap aku,air muka aku..
tapi mereka takkan tahu kenapa aku macam tu..walau beribu kali mereka bertanya,selama itu aku membisu...
Kalau jauh..mereka takkan tahu..semudah itu..
Aku lemah di mata mereka..aku sukar difahami..aku susah nak diselami...

Bila di luar,jangan minta aku turun membeli barang seorang..aku takut..
Bila dalam keramaian,jangan tinggal aku seorang..aku takut..
Bila meminta pendapat,jangan iring dengan kata perlian..aku takut..
Bila aku menangis jangan minta aku berkata apa sebabnya..aku takut..
takut yang bertanya akan terluka..

Sejauh mana mereka mengenali sisi kelemahan aku,aku tetap ditinggalkan,dibiarkan,diabaikan..
Sejauh mana mereka tahu penakutnya aku,aku tetap dilepaskan,dibebaskan jauh dari pandangan..

Dalam sendiri..aku terpaksa..
Terpaksa berjual beli,terpaksa masuk dalam orang ramai, terpaksa memberi pendapat, terpaksa meluahkan rasa hati..
Aku nampak gah dalam keterpaksaan yang mempamerkan sisi kehebatan aku..
Ya..Aku menjadi bukan aku bila aku bersama mereka yang tidak mengenali sisi kelemahan aku..
Sisi kelemahan yang hanya Dia,dia dan mereka yang tahu..
Mereka sudah biasa..
Dia kenali aku sebelum wujud lagi di dunia..
Tapi dia tak mudah menerima..

Kalau engkau belum ku tunjukkan sebarang sisi kelemahan,
Jangan engkau khabarkan yang engkau sahabat..
Belum cukup kenal dengan siapa sebenarnya aku
Kerana engkau hanya melihat sisi kehebatanku..
Sisi kehebatan yang kaku,palsu dan tipu..
Kepada yang tahu sisi kelemahanku dan masih ada bersamaku..
Tahniah..engkau memang sahabat sejati..
Kerana engkau mampu menerima aku..

Dalam keselesaan bersisikan kehebatan,
Aku rasa jauh dari kebenaran,hanyut dalam pujian dan lemas dengan kepalsuan..
Kembali aku menyelami sisi kelemahan..
Suatu sisi yang mencerminkan aku yang sebenar,aku yang dulu,aku yang aku..
Ternyata segala pujian menghilang..Keramaian mula beransur pergi..hingga namaku hampir tidak dikenali..
Biarlah mereka yang lain mengambil tempatku..Aku sudah penat menipu..
Aku penat menipu diri aku..

Kepenatan yang aku rasa
Semoga membuka ruang dan jalan bahagia
Jauhkan aku dari insan yang hanya bermuka
Dekatkan hatiku dengan kesayangan dan keluarga
Biar mereka menghina
Aku sedar aku sentiasa ada Dia..

No comments:

Post a Comment