Total Pageviews

6.5.13

Perjuangan belum selesai!

Alhamdulillah...menang lagi..=)
Disebabkan fb aku tu penuh dengan penyokong pembangkang,secara tak langsung aku jugak termasuk dalam golongan yang fikir,
"Ada kemungkinan kerajaan tukar kali ni.."

sebab golongan ni sangat yakin,hampir pasti yang kerajaan akan bertukar milik.Malam sebelum PRU,banyaklah doa-doa meminta kesejahteraan Malaysia. Aku minta, yang terbaik untuk semua.

Sepanjang tempoh pembuangan undi,macam-macam ragam manusia di fb.Ada yang berkongsi gambar jari dicalit dakwat, tak kurang ada juga yang cuba menghilangkan dakwat guna berus, klorox dan sebagainya.Tanda protes kot atau nak mengundi sekali lagi.Tak tahu. Jam 5 ptg waktu Malaysia, pusat mengundi ditutup.Ada gambar seorang pengundi yang berlari kerana baru sampai ke tempat undi.Sebak sekejap.Sebab aku tak mengundi..=(

Seawal jam 7.30malam, keputusan mula masuk bermula dengan Sarawak.Sabah&Sarawak sedia maklum adalah lubuk emas BN.Tapi hati gundah gulana.Ibarat tengah tengok bola,selesa menguasai permainan tetapi tiba-tiba lawan menyerang!
Perbezaan BN & PR tak jauh.Bila-bila masa boleh dipintas.Jam 11 lebih,BN berjaya mendapat majoriti mudah.Alhamdulillah...Aku tersenyum sendiri.Lebih seronok rasanya bila kita fikir kita akan kalah,tapi akhirnya kita menang.Senyum memanjang!
Tapi,Perak belum pasti lagi.Sengit sangat. Masa tu,beza kerusi dun hanya 1 dan ada 4 lagi belum dapat keputusan.Berdebar!12 malam,lebih sikit dapat tahu keputusan.Alhamdulillah sekali lagi,Perak masih diperintah BN.

Teringat perbincangan aku dengan Lai Moon tentang peluang wakil DAP menjadi PM kalau PR menang.
Aku tak tahu.
Tapi kalau polisi PR sama dengan BN, di mana PM adalah wakil daripada parti yang majoriti menyumbang kerusi parlimen,peluang DAP sangat besar.Dia tanya semula kenapa, kerana pembahagian kerusi antara parti dalam PR lebih kurang sama.Aku hanya bertanya semula,
"kalau di kawasan majoriti cina,ada BN dan DAP,orang cina pilih mana?"
"DAP"
"kalau di kawasan majoriti melayu,ada BN dan PAS,orang melayu pilih mana?"
"ermmm..tak tahu.."
"peluang DAP lagi tinggi.DAP mungkin menang semua kerusi yang dipertandingkan,tapi mungkin tak untuk PKR dan PAS.Jadi sekarang rasa-rasanya,parti mana penyumbang majoriti kerusi PR"
"DAP"

Aku senyum.Dalam hati berdebar-debar.
Aku cuba memahami perlembagaan.Setakat ini,dalam perlembagaan tiada termaktub tentang spesifikasi perlantikan Perdana Menteri.Mungkin aku terlepas pandang.Aku harap ada termaktub sesuatu tentang PM.

Syabas BN.Semoga berupaya memimpin negara ke satu tahap yang lebih maju dan berdaya saing.Kalau ada salah,mengaku dan perbetulkan.Kalau ada yang menabur fitnah,yakinlah Allah Maha Tahu segalanya. 
Jangan kerana persepsi masyarakat,
pemimpin hilang semangat..
teruslah berjuang..!
kerana perjuangan ini belum selesai..

No comments:

Post a Comment