Total Pageviews

2.5.13

sembang santai aku dan mama


"mama,boleh tak kalau tetap nak jadi ptd kalau kerajaan tukar?"

Perdebatan antara aku dan mama bermula. Titik perbincangan kami adalah,mengapa kakitangan kerajaan perlu mendokong dan menyokong kerajaan.

"terpulang. Tapi nanti kena sokong parti yang dapat jadi kerajaan tu lah.."
"Kenapa pulak? Kalau tetap sokong yang kalah tak boleh ke?"
"Kenalah pilih. Sebab menjadi kakitangan kerajaan,kita bekerja untuk kerajaan.."
"Tak..bekerja untuk rakyat dan negara. Bukan untuk kerajaan.."
"Betul.Tapi siapa pemerintah negara dan pemimpin rakyat tu?"
"Betullah,dah jadi PM automatik pemimpin negara dan rakyatlah.Tapi hak sebagai warganegara Malaysia untuk tidak menyokong parti yang memerintah tetap boleh kan?"
"Kena letak jawatan ptd la kalau macam tu.."
"Tak adil la macam ni!"

Terlihat mama tergelak kecil,disebalik skrin.Mama membetulkan duduk,mengadap anak perempuan yang seorang ini.

"ok..Tugas kakitangan kerajaan adalah melaksanakan dasar kerajaan. Dasar kerajaan dibuat oleh parti yang memerintah. Kalau kita tak sokong dasar yang dibuat oleh mereka, macam mana kita nak bekerja, menegakkan dasar mereka?ini yang mama kata menjadi duri dalam daging.Tak mahu usaha sungguh-sungguh sebab dalam hati ada rasa tak suka.Itulah yang banyak jadi sekarang ni.Mama dah penah bagi contoh kan?"

Aku diam,mencemik memandang mama.

"Jadi, kena letak jawatan la ni?"

**bajet dah jadi ptd..berangan kalah mat jenin~

No comments:

Post a Comment