Total Pageviews

27.8.13

Manusia Bernama Aku


Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Tidak boleh ada cacat cela

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Tidak boleh menunjukkan perasaan hati
Hanya perlu fikir perasaan mereka di sekeliling

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Kerana aku umpama pingat kebesaran
Yang menjadi kisah untuk dikisahkan
Yang menjadi barang untuk dipamerkan

Menjadi manusia bernama aku
Harus sempurna
Kekal sempurna sampai bila-bila
Walau sakit menerpa
Sempurna tetap tujuan utama

Sungguh
Manusia bernama aku tidak perlu wujud
Kerana
Manusia bernama aku itu akan selalu terluka
Tetapi
Manusia bernama aku hanya boleh menangis
Menjerit di dalam hati

Wahai dunia
Dengarkanlah
Aku sudah bosan menjadi aku!

No comments:

Post a Comment