Total Pageviews

12.5.12

Bersedihlah!


Aku tersungkur di persimpangan
terjatuh mengharapkan huluran 
yang dulu sedia ada 
kini aku tercari-cari dalam kecewa
aku tahu aku perlu bangkit sendiri
meneruskan perjalanan ini
namun air mata membuatkan pandanganku kelam
segelap pekatnya malam
namun malam ada bulan menerangi
aku kosong,hanya mampu menyanyi
hati tak tenang asyik merindui
sahabat yang dulu pernah berjanji
selagi degupan jantung masih berbunyi
akan setia menemani
aku mendongak ke langit
cuba membuang kisah manis yang perit
aku bangun dalam kesakitan
melangkah penuh dengan keyakinan
langit masih kukuh tanpa pendokong
burung masih terbang tanpa ditolong
teguh berdiri banjaran gunung
bumi masih indah tidak disanjung
tanda cinta yang Maha Agung
aku masih tercari-cari
sedangkan Dia tidak pernah pergi
cuma hati tidak menyedari
siapa Dia di dalam hati
di mana Dia di dalam hati
dan 
sekuat mana yakin bahawa Dia sentiasa menemani
aku masih rapuh dalam meyakini
masih ada ragu menyelimuti
yang patut dicari adalah cinta abadi
bukan cinta manusia yang mudah ditukar ganti
tetapi kenapa masih merindui?
tanda hati masih mati
hanyut dalam kebahagian duniawi
yang sementara pasti
bangunlah wahai diri
pilihlah jalan yang lurus
agar minda jadi terurus
dan supaya hati itu tidak putus
bangunlah wahai diri dan berusaha
walau terjatuh Allah tetap ada
lupakanlah perkara dunia dan manusia
terutama mereka yang membawa ke arah bencana
biarlah mereka mencari artis
biarlah mereka mencari 'girlish'
doakan suatu hati nanti
hati tertarik dengan ukhrawi
hati mereka,hati kita dan hati semua
kembali kepada
yang Maha Esa
jangan bersedih lagi
tanamkanlah visi diri
dalam mencari cinta hakiki
bersama misi-misi tersusun
agar terus istiqamah dalam keadaan apa sekalipun
bangunlah, pilihlah dan berjuanglah
bersama keyakinan dan doa kepada-Nya
tidak salah bersedih
tapi bersedihlah kerana Dia
bersedihlah kerana kurang mendekati-Nya
bukan kerana cinta manusia!



No comments:

Post a Comment