Total Pageviews

16.12.12

Hati Kecil Itu


Dunia yang luas ini
Terlalu kecil untuk hati itu
Dunia yang kejam ini
Terlalu ganas untuk hati itu
Dunia yang penuh pura-pura ini
Terlalu menyakitkan untuk hati itu
Dunia yang singkat ini
Terlalu pantas untuk dikejar oleh hati itu
Hati itu
Terlalu kecil untuk menanggung dunia
Namun digagahi jua
Disakiti,dilukai,dikhianati
Tetap cuba mendapatkan
Sesuatu yang dirasakan perlu
Hati itu
Pernah cuba berputus asa
Bersendirian membawa duka
Tidak mahu semangat yang hilang
mengganggu konsentrasi sahabat yang ada
Tetapi akhirnya
Kembali jua ke tempat sama
Bukan sengaja mencari bala
Kerana hati itu
Dipenuhi rasa cinta dan kasih
Kepada mereka yang pernah hadir
Sakitilah, abaikanlah, jauhkanlah
Hati itu akan tetap cuba
Walau apa jua caranya
Hingga putus asa pilihan yang ada
Atau sehingga
Perasaan itu hanyut bersama masa


No comments:

Post a Comment