Total Pageviews

23.4.12

Since u Left me,


Masa dan jarak ibarat makhluk yang hanya dapat diperkata, tapi tidak disentuh apatah lagi dirasa. Andai masa berlari, mustahil kita dapat mengejar. Andai masa pergi, mustahil kita dapat menuntut kembali. Sama juga dengan jarak, andai jarak itu sejengkal, jelas pandangan mata menyaksikan. Namun, andai jarak melangkaui benua, mata terhalang, kesetiaan yang melegakan. Saat mata memandang skrin yang membantu mengatasi mata dan jarak, dengan ihsan makhluk baru bernama internet, Nazihah terdiam seribu bahasa. Yang dinanti tak juga tiba. Makin ditunggu, makin perit terasa. Hubungan sedari kawan, beralih kepada teman yang kini diganti dengan nama pertunangan, menambah lagi beban hati yang merindu. Teringat janji mereka sebelum kaki melangkah pergi, biar zahir tidak kelihatan, tetapi hati biar sentiasa berpautan. Yakin, perpisahan mampu  menguatkan lagi ikatan hati, Nazihah akur, membawa diri. Setahun yang dilalui benar-benar menguji kesabaran dan kesetiaan Hakimi. Mungkin kerana, perkataan yang dibaca dalam email dan ketika chatting, tidak sampai ke hati, kerana lain cara bacanya, lain maksud yang diterima. Bukan dia tidak yakin akan kesetiaan Nazihah, tapi entah kenapa, ada sahaja yang tidak puas di hati dia.

‘Hai Zihah. How’s study?’
‘Everything just fine. Sini sejuk sikit sekarang. Nak winter agaknya.’
‘Seronok kan dapat rasa 4 musim. Entah bila nak rasa semua tu.’
‘Ada rezeki, adalah..’
Hakimi mengeluh. Hatinya terasa diperli. Dia tahu, nasib dirinya tak sebaik diri Nazihah, kekasih hatinya itu. Dia terkandas dalam peperiksaan akhir mereka. Kadang-kadang, timbul rasa mereka tidak sekufu. Tidak malukah Nazihah dengan nasib dirinya?
‘Are u still there Kimi?’
‘Yes, I’m here. But I need to go. Kawan ajak pegi makanlah’
‘oh. Ok then,selamat makan.’
‘Bye,take care’
‘Thank you. Take a good care too.’
Nazihah tersenyum kelat. Tak sampai lima minit waktu yang diperuntukkan untuk dirinya. Sudahlah susah ingin mencari ruang dan peluang untuk dua-dua berada di hadapan laptop, tapi begitu mudah dia meminta diri untuk kawan yang sentiasa di hadapan mata. Nazihah agak terkilan, namun dia cuba untuk mengerti. Kerja yang ditangguh sebentar tadi kerana ditegur Hakimi ditatap semula. “aku akan sentiasa ada untuk kau Hakimi walau macam mana sibuknya aku..”

Hakimi mencatat nota-nota yang masih tertulis di papan putih, sambil mulut terkumat-kamit menyanyi lagu yang sentiasa bermain di fikiran. Pelajar lain mula meninggalkan kelas, mengatur langkah panjang ke kafe berhampiran sementara menunggu kelas yang berikutnya.
“Amboi menyanyi. Rindu dekat girlfriend lah tu.” Julia menghampiri.
“Eh, Jue. Ade kelas dekat sini ke lepas ni?”
“ Yup. And u still here? Tak pergi minum dengan kawan-kawan ke?”
“Tadi I tertidur dalam kelas. Tak sempat nak salin note. Buruk kan perangai..” Hakimi tergelak sendiri.
“Biasalah tu. Kalau tak tidur dalam kelas, bukan student namanya.”
Hakimi mula mengemas barang-barang dan dimasukkan ke dalam beg galasnya.
“I gerak dulu. U jangan tidur pula nanti.” Julia hanya mengangkat bahu, tidak mahu berjanji. Hakimi menggeleng-geleng kepala dengan karenah Julia. Sementara duduk di kafe, dia terfikir. Andai Nazihah di tempat Julia tadi, sudah pasti dia akan diperli kerana tertidur di dalam kelas. Pasti ada saja nasihat dan tips untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi. Jam sudah menunjukkan jam satu petang. Di UK, matahari baru saja terbit. Sebaik selesai solat subuh, Nazihah sudah bersiap-sedia untuk ke kelas. Sebelum melangkah untuk menunggu bas, email di ‘check’ terlebih dahulu, mengharapkan ada kata-kata mutiara daripada Hakimi. Namun, semua itu hanyalah ada ketika dia baru sampai ke bumi asing dulu, dalam tiga bulan yang pertama. Selepas itu, bukan sahaja kata-kata mutiara, kata-kata biasa juga tidak kedengaran. Nazihah tidak mahu perasaan itu merosakkan mood pada hari itu. Dia ada kelas hingga petang. Dia memerlukan persediaan mental dan fizikal yang sempurna untuk itu. Dia yakin, ketiadaan kata-kata mutiara tidak bermakna namanya tiada dalam doa Hakimi.

‘Salam Kimi. Lamanya tak dengar cerita. Awak sibuk ke?’
‘Wsalam. Taklah sibuk sangat. Tapi jarang bukak laptop akhir-akhir ni.’
‘oh. Awak sihat?’
‘Alhamdulillah. Awak kat sana macam mana?’
‘Alhamdulillah semua baik-baik je.’
‘Zihah, sorry, tapi Kimi ada kerja nak kena siapkan.’
‘Eh, tak apa. Sorry mengganggu buat kerja.’
‘Awak tak ganggu saya pun.’
‘Sibuk sungguh awak. Lain kali kita sembang ye.’
‘Nanti bila Kimi free, Kimi buzz ye.’
‘I’ll wait for that, although it seem impossible.’
‘Apa maksud awak?’
‘Awak kata tadi nak buat kerja. Siapkanlah kerja dulu.’
Perbualan terputus di situ. Hakimi mula menyampah dengan sikap Nazihah yang begitu senang merajuk, terlalu inginkan masa dan perhatian. Mula terbit rasa rimas di hatinya untuk melayan gadis itu. Dia menutup laptop dan mencapai kertas-kertas yang minta untuk disiapkan. Namun, hatinya terganggu. Begitu juga Nazihah yang mula menyesali sikapnya tadi. Bukan sengaja dia hendak tunjuk betapa kecewanya dia dengan sikap Hakimi. Bukan sengaja dia hendak bersikap keanak-anakan. Cuma, dia merasakan Hakimi sudah terlalu jauh daripadanya. Dia ingin Hakimi mengetahui apa yang dia rasakan. Kerana kekesalan itu, telefon bimbit dicapai dan nombor Hakimi didail. Lama menunggu panggilan itu jawab. Akhirnya, suara yang dirindu dapat didengar di hujung talian.
“Yes Zihah. Apa lagi?U want to explain what u want to say just now?”
“Kimi. I’m so sorry for being too childish. Sorry please..”
“Kimi dah biasa sangat. Dah selalu awak buat macam tu. At this point, I feel fed up lah.”
“Sorry, Zihah tersalah dengar ke? Awak fed up with me?”
“U know, sometimes u just being too childish, seek for attention..”
“ok..So it’s all my fault then. I’m so sorry.”
“Ini lagi satu. Kenapa senang sangat awak nak admit semua benda salah awak. Tak boleh ke awak argue.”
“Zihah tak faham apa yang awak nak sebenarnya? I just don’t want this thing, small thing ruin our relationship.”
“Awak memang takkan faham Kimi.” Hakimi terus mematikan talian. Hatinya sakit menahan segala rasa yang terbuku selama ini. Namun, rasa lega tidak hadir dalam hatinya. Hatinya dicucuk perasaan tidak tenteram. Tetapi, tiada sebarang langkah memperbetulkan apa yang berlaku diambil. Dia seakan tekad memutuskan segalanya antara dia dan Nazihah. Nazihah yang terkejut dengan kata-kata Hakimi, terduduk di birai katil sungguh tidak sangka dia mendengar semua itu daripada mulut Hakimi sendiri. Terasa kesetiaan yang dijaga selama ini dikhianati. Terasa hati kecilnya disiat-siat. Air mata mengalir semahunya, tersedu-sedu dia cuba menahan.

Julia menghampiri Hakimi yang termenung di tepi padang kolej. Kehadirannya langsung tidak disedari. Hakimi seakan begitu asyik melayan perasaan.
“Hoi. Ape kes,termenung sorang-sorang. Tak main bola sekali dengan yang lain ke?” Julia duduk di tepi Hakimi.
“Tak ada mood lah nak main. Layan perasaan ni, kadang-kadang seronok juga.”
“Apa yang u fikirkan?”
“Tentang masa silam dan masa akan datang.” Julia tergelak mendengar penjelasan Hakimi.
“U are in the present Kimi. Buat apa penat-penat fikirkan tentang masa silam yang dah berlalu dan masa akan datang yang belum ada?”
“Tapi apa yang berlaku dalam masa silam kita boleh belajar sebagai persediaan masa depan.”
“Memang betul. Tapi tak semua perkara atau benda atau orang yang ada dalam masa silam kita, akan ada dalam masa depan kita.So, macam mana kita nak bersedia dengan sesuatu yang kita dah buang sekarang, dan yang akan  kita kutip dalam masa-masa tertentu?” Hakimi terdiam dan cuba memikirkan kata-kata Julia.
“Hargai apa yang kita ada sekarang, supaya nanti kita tak menyesal. Mungkin nanti, u akan duduk berfikir macam ni jugak dan menyesal sebab u habiskan masa macam ni, bukan gunakan masa untuk menghargai apa yang u ada dalam hidup u.” Julia cuba menerangkan apa yang ada difikirannya. Hakimi terkenangkan Nazihah. Dia yakin, Nazihah bukanlah sesuatu yang akan membuat dia menyesal suatu hari nanti. Sekurang-kurangnya, dia sudah ada Julia di sisi. Julia lebih memahami, lebih mengerti hatinya.
“u fikir tentang Nazihah ke?”Hakimi terkejut dengan soalan itu.
“Tak adalah. Nazihah masa silam bagi I. sekarang I dah ada u.”

Air mata itu menitis tanpa segan. Hatinya terluka saat memikirkan begitu mudah Hakimi mengucapkan kata-kata yang begitu menghancurkan perasaannya. Kadang-kadang dia terasa bodoh kerana terus bersabar dengan sikap Hakimi selama ini. Minggu hadapan, dia akan kembali ke Malaysia, menghabiskan cuti panjang selama tiga bulan. Tiada perancangan, Cuma penjelasan yang sewajarnya harus dikarang agar ibu bapanya tidak terlalu terkejut dengan berita itu. Saat tiba di lapangan terbang, Nazihah disambut mesra. Ibunya dapat melihat wajah sugul anak gadisnya itu, namun segala persoalan yang bermain di benaknya di tahan. Malam itu, Nazihah menceritakan segalanya kepada ibunya yang setia mendengar.
“Kakak macam mana?Kakak boleh lepaskan dia?”
“Kakak sayang dia bu. Tapi, kalau dia dah tekad, kakak dah tak boleh nak buat apa-apa. Kakak tak kuat nak lawan.”
“Tapi,kalau kakak tak cuba, kakak tak tahu kan.”
“Ibu rasa apa yang kakak patut buat?”
“Jumpa dia. Bawak berbincang. Anak ibu ni bukan gadis belasan tahun yang mentah, tak matang. Selesaikan perkara ni baik-baik. Bukan sendiri-sendiri ambil keputusan, duduk diam-diam, dan harap semuanya selesai sendiri. Dan ibu pun harap Hakimi cukup matang untuk perbincangan ni. Apapun, ibu sentiasa sokong kakak.” Nazihah memeluk ibunya erat. Kasih ibu sentiasa membawa ke syurga. Dia mahu menjadi gadis yang dewasa, tak kalah dek perasaan dan emosi yang terbawa-bawa.

Nazihah bersama adiknya Nadirah turun daripada perut kereta, memasuki kawasan kolej. Nazihah sudah menghubungi Fadli, teman sekuliah Hakimi tentang waktu kelas mereka. Sekarang sepatutnya mereka tiada apa-apa kelas. Kelibat Hakimi dicari di segenap ruang. Nadirah juga membantu Nazihah mencari lelaki itu. Mata Nazihah dapat menangkap dua susuk tubuh di sebalik bangunan pentadbiran. Saat mata hatinya menangis, kakinya melangkah menuju ke arah mereka.
“Hai Kimi.” Nazihah memberikan senyuman lebar kepada mereka.
“Awak. Bila awak balik?” Hakimi yang agak terkejut tidak dapat menahan rasa gembira melihat Nazihah di depan mata. Rasa rindunya seakan mekar, rasa bahagia hadir di segenap ruang hatinya.
“Zihah sampai semalam. I tried to call u, tapi tak dapat.” Hakimi teringat, semalam memang ada nama Nazihah terpampang di skrin telefonnya. Namun, dia hanya mengabaikan panggilan itu.
“Hai Zihah.” Julia menghulurkan tangan.
“Hai.” Tangan itu disambut. Mata Nazihah memandang Julia lama.
“Awak, ni Julia, kawan Kimi. Jom kita borak-borak.”
“Awak, Zihah ada perkara nak bincang dengan awak. Mungkin lepas awak habis kelas nanti.”
“ Kimi dah habis kelas. Shall we?”
“Julia?”
“Jue ada kelas. Just proceed.”
“ok then. Nice to know u Jue.” Nazihah sempat menjeling Julia. Namun dia sedar, bukan semudah itu dia boleh mempersalahkan Julia. Sebelum masuk ke dalam kereta, Nazihah menghentikan langkah.
“Mungkin kita boleh selesaikan dekat sini ke Kimi.”
“Sini? Apa yang penting sangat ni?” Hakimi seakan lupa akan segala tindakannya. Tindakannya melukakan hati Nazihah, mengabaikan segala panggilan Nazihah serta langsung tidak menghubungi Nazihah sejak pergaduhan mereka.
“Apa sebenarnya status hubungan kita dan siapa Julia pada awak?” soalan itu mengubah mimik muka Hakimi, dia sedar dia kini berada di satu saat di mana dia perlu bertanggungjawab atas semua perbuatannya. Namun dia juga sedar, hatinya begitu gembira, fikirannya begitu teruja saat melihat Nazihah.
“Awak, Kimi nak minta maaf untuk semua yang dah terjadi. Kimi tahu, Kimi salah. And Julia..” Hakimi cuba mencari kata-kata yang seakan hilang. Dia keliru hendak mengatur kerana dia sedar, dalam satu ketika, dia sudah tekad menggantikan tempat Nazihah dengan Julia. Hakimi terlihatkan air mata yang bergenang di kelopak mata Nazihah. Begitu berusaha gadis itu menahan agar air mata itu tidak tumpah. Bukan dia tidak kenal gadis itu. Hakimi tahu hati gadis itu begitu terluka.
“Julia tahu awak tunang saya?” Nazihah cuba membuka ruang untuk mereka berbincang.
“Jue tahu. Tapi..” kata-katanya terputus lagi. Julia tahu statusnya sebagai tunang orang, tapi bagaimana mereka boleh menjadi rapat sebegitu. Tiba-tiba persoalan itu muncul di benaknya.
“Tapi awak pun dah jatuh hati pada dia kan. Kimi, please argue..” air mata yang ditahan kini tumpah saat Hakimi terdiam seribu bahasa. Nazihah cuba mengesat air mata yang terus berjujuran. Hakimi terlihat cincin pertunangan mereka yang masih setia di jari manis Nazihah. Hatinya terguris, terguris dengan perbuatannya sendiri.

Tiga tahun berlalu, tetapi setiap saat begitu berat untuk Nazihah lalui. Sepanjang tiga tahun, dia tidak pulang ke Malaysia. Cuti semester dihabiskan dengan bercuti, mencari ketenangan di sebalik ciptaan Ilahi yang sangat indah tiada cacat cela. Air mata sentiasa menjadi teman yang paling setia. Bersusah payah berperang dengan perasaan, Nazihah berjaya juga membawa pulang segulung ijazah. Sebelum mula bertugas sebagai pembantu pegawai pemasaran, Nazihah berehat seketika di rumah. Ibunya mengajak dia menemani ke kenduri tahlil teman ibunya tidak jauh dari rumah mereka. Nazihah tidak menolak. Dia mengenakan sepasang kurung kelabu, memandu kereta ayahnya ke rumah itu. Suasana rumah itu suram. Majlis pengkebumian telah selesai. Ibunya cuba menenangkan perasaan kawannya yang baru kehilangan suami. Nazihah duduk di ruang tengah bersama tetamu-tetamu yang lain.
“Zihah kan.” Nazihah disapa seseorang. Dia berpaling memandang empunya suara.
“Julia. What a small world.” Nazihah agak terkejut.
“Ini rumah pak cik saya. Meninggal sebab sakit jantung.”
“Takziah daripada saya. Itu ibu saya. Bestfriend you aunty.”
“Terima kasih Zihah. Kehilangan yang sangat besar buat kami.”
“Sedih kan bila orang yang kita sayang diambil daripada kita. Saya dah rasa semua tu,walaupun bukan perpisahan yang abadi.” Julia tersentak.
“Zihah, saya minta maaf untuk semua yang terjadi.”
“maaf untuk yang mana?untuk perasaan saya yang hancur, untuk segala susah payah saya teruskan hidup, untuk segala air mata saya yang mengalir atau untuk seseorang yang awak ambil daripada saya?” Nazihah memandang tajam.
“Saya bukan nak tambah lagi kesedihan awak. Tapi saya juga masih bersedih dengan kehilangan saya.” Bukan dia ingin berdendam, jauh sekali ingin membalas dendam. Namun, dia tidak dapat menahan perasaan yang terbuku sekian lama.
“I’m sorry Jue. Saya tak dapat nak kawal perasaan saya.” Tangan Julia ditarik rasa kesal terbit dalam hatinya.
“Tak. Awak layak ucapkan semua tu. Saya akui, memang sakit bila seseorang diambil daripada kita, terutama bila orang itu sumber kekuatan kita. Baru sekarang saya betul-betul dapat rasa kehilangan awak. Selama ini, saya hanya dapat melihat. Tapi, kita takkan rasa selagi kita sendiri tak rasa. Saya minta maaf sangat-sangat Zihah. Kalaulah masa boleh diputar, saya akan jauhkan diri saya daripada Hakimi.”
“Tak baik meletakkan perkataan kalau. Kalau tu hanyalah permainan syaitan. Awak doakan saya dapat terima semua ini dengan hati yang terbuka. Saya gembira untuk awak. Sekurang-kurangnya saya tahu, Hakimi menjadi milik awak.”
“Awak salah. Hakimi tak pernah jadi milik saya. Sejak awak datang jumpa dia dekat kolej dulu, kami dah renggang. Saya dapat lihat kehilangan dia. Dia kehilangan sumber kekuatan yang selama ini dia yakin dia boleh hidup tanpanya. Dia kehilangan awak sepenuhnya.”
“sepenuhnya?”
“Walaupun sebelum tu Hakimi rapat dengan saya,dia tak pernah lupa cerita tentang awak. Sehingga timbul di hati saya, saya ingin mengambil tempat awak. Dia rapat dengan saya, tapi dalam masa yang sama dia masih menjadikan awak pembakar semangat dia untuk belajar. Saya berada di depan dia, tapi hati dia tetap pada awak. Pada saat dia mengabaikan awak, disebalik senyuman dia, saya dapat lihat kekusutan. Dia kusut,tapi dia tak tahu kenapa.” Nazihah mendengar penuh perhatian. Mulutnya terkunci mendengar kisah itu.
“selepas awak pergi, dia sedar, perkara yang paling dia perlukan dalam masa silamnya, masa sekarang dan masa akan datang adalah awak. Tapi dia juga sedar, awak dah pergi jauh atas keputusan yang dia ambil sendiri.”

Hakimi memetik tali-tali gitar yang terlalu sumbang di telinganya. Tiada bait lagu yang mampu mengubati hati, yang mampu menenteramkan hatinya. Tiga tahun ini betul-betul  menghukum dirinya. Surat tawaran kerja yang diterima dipandang sepi. Ini sudah yang ketiga. Sebelum ini semuanya ditolak. Bukan dia yang menghantar CV, tapi kerja kawan-kawan yang mahu dia berjaya. Dia mahu berjaya namun tiada daya yang menolak dia untuk berlari. Gitar itu diletak ke tepi. Surat itu dibaca lama. Dia bangun, mengagahkan diri yang longlai. Dia mencari baju yang sesuai untuk pergi melaporkan diri. Kali ini dia perlu kuat, perlu memaksa diri untuk berdiri dan melangkah melupakan perkara-perkara yang memakan dirinya sendiri. Tiba di kawasan pejabat, dia hampir berpatah semula. Kaki agak berat melangkah. Hakimi  menunjukkan surat kepada seorang pekerja yang menunggu di meja pertanyaan. Pekerja itu membawa Hakimi masuk ke dalam kawasan pejabat.
“Encik tunggu sini dulu. Nanti Encik Faiz akan panggil encik masuk pejabatnya. Encik nak air?Coffee?”
“No, thanks.” Hakimi memberikan senyuman. Dia duduk menunggu untuk dipanggil sambil bermain dengan telefon bimbit di tangan.
“Awak ke yang nak jumpa Encik Faiz?”
“Ye saya.” Hakimi mendongak.
“Zihah!” matanya bulat memandang Nazihah di depan matanya.
“Do I know u?Silakan.” Hakimi mengerutkan dahi seakan keliru dengan situasi itu. Dia cukup yakin, yang di hadapannya itu Nazihah. Hakimi terus mengekori Nazihah masuk ke dalam sebuah bilik.
“Encik Faiz tak masuk pejabat hari ni. Dia minta saya tengok-tengokkan awak.”
“u are Zihah right?Nur Nazihah Nazrin?” Nazihah memandang wajah itu lama.
“Yes Hakimi. I’m Zihah. Puas hati.”
“Ya Allah. Kimi tak sangka boleh terjumpa dekat sini. Patutlah Allah detikkan hati ini untuk datang hari ni.”
“Kimi, ini office. Kita letakkan kisah-kisah lama ke tepi. Boleh?”
“can we have a talk?nice and short?”
“Apa lagi yang awak nk cakap. Kalau pasal hal dulu, Zihah dah tutup buku. Zihah tak nak ungkit lagi.”
“Kimi nak minta maaf untuk semuanya. Tahu, perkataan maaf daripada mulut Kimi tak akan dapat sembuhkan segala luka. Takkan dapat kembalikan keceriaan yang dulunya milik kita. Takkan dapat kembalikan keadaan macam dulu.”
“Zihah maafkan. Tapi maafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berlainan. Zihah harap Kimi faham.Jom, Zihah tunjukkan tempat Kimi.” Hakimi mengangguk lemah. Jemari Nazihah diperhati. Tiada lagi cincin itu, lambang perhubungan mereka. Hakimi masih ingat saat pertunangan mereka diputuskan. Dia tidak sanggup menerima cincin itu dipulangkan. Dia meminta agar Nazihah terus menyimpan cincin itu. Tapi ternyata, kisah mereka sudah menjadi kisah silam untuk Nazihah.

Nazihah runsing, hatinya kacau. Dia memang masih dihantui kenangan silam. Dia masih menangis atas apa yang terjadi. Tiga tahun tidak mampu mengubati kelukaan itu. Kini, apabila Hakimi muncul di depan mata, bersama ucapan maaf, hatinya luluh. Dia tidak mahu terus dibelungi perasaan dan emosi. Dan dia tidak boleh meninggalkan syarikat itu sesuka hati. Tetapi, bukan satu perkara mudah untuk dia berhadapan dengan lelaki itu setiap hari. Hati itu masih menyanyangi, namun cukup takut untuk disakiti lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang dilalui. Dia tidak mahu melaluinya sekali lagi.Suasana malam itu begitu hening. Nazihah keluar ke laman,menghirup udara malam yang menyamankan hatinya. Sedang menikmati langit bersama bintang-bintang, telefon bimbitnya berdering.
“Hello..”
“Hai Zihah.” Nazihah kenal suara itu.
“ Hai Kimi.”
“Sorry kacau malam-malam ni. Tak puas bersembang tadi.”
“ Tak kacaulah..”
“Zihah, mungkin ke kita dapat jadi macam dulu?”
“I don’t think so Kimi.”
“Hati awak betul-betul dah tertutup untuk Kimi.”
“Biar ada ruang, biar ada rasa, tapi tak yakin untuk serahkan pada awak sekali lagi. Perit awak tahu..”
“Kimi faham. Zihah tak selesa ke Kimi satu office dengan Zihah? Kimi boleh resign.”
“Tak perlu Kimi. Kita dah besar,bukan budak-budak lagi. InsyaAllah, semua akan baik-baik je.”
“Tapi, kalau one fine day, u feel distracted, not comfortable, do tell me.”
“Since when u become so concern about other’s feeling?” Nazihah mempertikai cara Hakimi.
“Since u left me..” perbualan mereka sunyi seketika.
“ok Kimi. I need to go.”Nazihah cuba menghentikan perbualan mereka.
“since when u know how to end a conversation?”Giliran Hakimi pula mempertikai tindakan Nazihah.
“since u left me..” Mereka tergelak dengan ucapan masing-masing.
“Nampaknya, semua yang terjadi dah jadikan kita manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.” Nazihah berkata sambil cuba menahan tawa.
“I’m happy for that. I’m happy for you. I’m happy we can talk like this.Thanks.” Hakimi tidak dapat membendung rasa gembira di hatinya.
“Thank more to Allah.”

Kadangkala, warna hijau yang ingin dilakar,
namun warna biru yang terwarna.
Bulatan yang ingin dilukis,
namun segitiga yang terukir.
 Kita boleh merencana,
namun Dia lebih berkuasa.
Kita boleh mengaduh sedih,
namun Dia tempat mengadunya.
Di sebalik deruan angin kencang, awan berarak hitam,
Akan datang hujan menyubur bumi,
Pelangi menghiasi hari.
Hikmah adalah rahsia,
Yang bahagianya akan dapat dirasa,
Andai kesabaran menjadi kuncinya,
Dan redha yang menguatkannya.
Walau kadang terpaksa,kadang tak rela,
Yakinlah Allah itu sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment