Total Pageviews

9.1.14

2014

2014...
Disambut dalam kesakitan..
Mula dengan ulser yang besar gler,demam,selesema & sakit kepala..
Dua minggu aktiviti terganggu,sampai nak bercakap pun susah..
Bergantung pada panadol..telan panadol,bolehlaa nak duduk tengok tv..panadol habis efek,terbaringlah atas katil..
Nak makan pun susah sebab ulser besar tu..

Well that's life..
Kadang-kadang masa sihat walafiat,lupa segalanye..yang tahu hanya seronok..
Bila nikmat keseronokan ditarik,mula mengeluh..
Sedangkan masa seronok tak pulak nak bersyukur dengan nikmat yang diberi..
Jadinye,jangan banyak bunyi bila nikmat itu ditarik..

Tahun tetap berganti tak kira kita sihat,sakit,hidup atau mati..
Sementara masih hidup dengan umur yang makin menghampiri mati,
Bersyukurlah atas nikmat..
Nikmat seronok,senang,kejayaan yang menggembirakan hati..
Nikmat kesakitan yang memadamkan dosa-dosa kecil..
Nikmat keluarga dan kawan yang sentiasa di sisi..
Nikmat masa dan keringat untuk mengerah bakti..
Nikmat pendapatan yang masih mencukupi..
Nikmat akal dan mindanyang waras..
Dan bermacm-macam jenis nikmat yang bertaburan di muka bumi..

Tahun yang berlalu,
Kutiplah segala macam pelajaran yang ada..
Yang tak elok,jangan diulang..
Yang baik,cuba istiqamah sepanjang perjalanan..
Yang tertinggal,cuba kejar semula..
Setiap satu kejadian ada hikmah..
Kalau positif cara mata melihat,positiflah hati..
Kalau negatif cara telinga mendengar,negatiflah minda..
Jangan membenci manusia,tapi bencilah perkara tidak elok yang manusia tu buat..
Jangan menghukum,sebab penghukum sebenar-benar penghukum hanya Tuhan..

Ps:: lapar tapi malas makan..jadinye,membebel boleh alihkan perhatian dari rasa lapar tu..hahahaha..



No comments:

Post a Comment