Total Pageviews

9.1.13

Exammmmss Fever



Ujian itu datang dan pergi
Ujian dunia datang saat diri 
sepatutnya bersedia
dengan nota dan peta minda
Ujian hidup pula
Datang saat diri
tidak bersedia dengan apa-apa
Tidak pernah disangka
Tidak dapat diagak
Ujian datang dan mengambil sesuatu pergi
Baik daripada aku, dia atau mereka..
Bila ujian dunia dan ujian hidup
berlaku dalam masa yang sama,
Diri ibarat daun kering
yang melayang jatuh ke tanah menanti reput
Hilang segala harapan..
Tanpa sedar bahawa
setiap yang terjadi sudah sedia diatur..
pertanyaan diutarakan sekali lagi
kepada diri ini
Apakah putus asa saja pilihan yang ada???

No comments:

Post a Comment