Total Pageviews

11.3.13

aku benci manusia!

pengalaman yang satu itu
mengajar aku
tidak lagi percaya
pada manusia
mengasingkan hati
jauh dari berkongsi rasa
kerana parut lama
masih terasa
aku pergi daripada manusia
tersenyum bila mereka bercerita
nasihat bila mereka meminta
tapi mulutku terkunci
yang ku khabarkan
hanyalah kiasan semata
bila hati menangis
mencari mereka yang mengasihi
atau hati masih harapkan kasih
namun tangisan disembunyi sebalik ketawa
mencari ketenangan di sebaliknya
mereka tak akan sedar dan tahu
semakin kuat gelak itu
semakin sakit hati dipendam
kadang tak tahan
hanya mampu diam
kalau mencari takut air mata bergenang
baik disimpan hingga sedikit tenang
mereka yang tahu
pasti tahu perubahan yang berlaku
tapi kebanyakkan manusia
tidak tahu dan tak akan pernah tahu
kerana aku
yang tidak mahu mereka tahu
aku benci simpati
simpati akan memakan diri
aku benci pentingkan diri
kerana seakan tidak ada hati
aku benci menabur janji
kerana takut dilupai
biarlah aku menjadi manusia
yang menjadi diri sendiri kala sendiri
yang menutup diri di khalayak
aku tidak mahu publisiti
yang aku mahu hanyalah
dihargai..
oleh ...
diri aku sendiri..

No comments:

Post a Comment