Total Pageviews

31.3.13

Engkau juga sama!

Perasaan yang datang bila kita jauh
kerinduan yang amat sangat,kosong dan terumbang-ambing
Segalanya tak kena
Yang hati rasakan,sayu..
Menangis dan menangis setiap kali rasa terbuang dan dilupakan
Mana engkau wahai diri?
Yang dulu kuat bersendiri
Tak pernah layu kerana lelaki
Tak pernah kalah kerana rindu yang sentiasa bertamu di hati
Mana engkau wahai diri?
Yang dulu disenangi
Mudah tersenyum bila di keramaian
Mudah bertutur bila ditanya tentang perasaan
Kini kau hanya tahu lari dan bersembunyi
Jauh dari khalayak
Lari dari soalan hati
Engkau duduk di lubuk gelap bersama dosa semalam
Engkau mengeluh berat setiap kali manusia cuba menjejak
Engkau cipta seribu alasan untuk terus berada dalam keselesaan hati
Dengan harapan hati itu
Tidak akan terus terluka dan terluka
Kerana manusia yang hanya tahu berfikir fantasi yang bukan realiti
Manusia yang hanya tahu agak tapi tidak memahami
Manusia yang palsu dan bermuka-muka
Tapi engkau jangan lupa yang engkau juga manusia
Engkau juga sama!

No comments:

Post a Comment