Total Pageviews

29.3.13

Hanya Dia

Ayu merenung nasib yang masih kabur. Saat lafaz itu sah,dia selamat sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami. Seoarang jejaka yang hanya dikenali beberapa hari. Dia yakin dan redha dengan kehandak Ilahi. Hari ini, Ayu terdiam sendiri, mengenang peristiwa yang berlaku siang tadi. Hubungan mereka baru menginjak usia 6 bulan. Masih terlalu muda untuk diuji dengan kehadiran orang ketiga. Ayu menggeleng sendiri. Tidak sepatutnya dia menggelar Nia sebagai orang ketiga kerana kalau diikutkan jalan cerita, orang ketiga itu adalah dia. Nia datang bertemu dengan Ayu, menyatakan hasrat ingin menjadi madu. Ayu bingung dengan suasana. Ayu keliru dengan apa yang berlaku dalam sekelip mata. Dalam masa dia mula menerima cinta si jejaka, muncul pula Nia dengan hasrat yang mengguris jiwa. Semakin menambah duka bila Syukri memilih untuk tidak berbicara seakan merelakan segala yang berlaku.
Ayu perlu memilih yang terbaik untuk dirinya, untuk Syukri, untuk Nia dan maruah keluarga. Ayu tahu, jauh di sudut hati Syukri, Nia masih teguh bertakhta. Namun Ayu punya hak mutlak sebagai isteri yang sah untuk berada di dalam hati suaminya. Saat Ayu murung berduka, Syukri membawa diri berkelana. Dia mahu mencari ketenangan dan mahu membuat keputusan yang adil untuk semua. Ayu terima keputusan Syukri tanpa menyedari kepercayaannya diragut sebegitu sekali. Syukri dan Nia bernikah secara senyap di belakang Ayu dan keluarga. Perkara itu hanya diketahui apabila Syukri dan Nia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Nia. Syukri parah,kemungkinan kehilangan upaya untuk berjalan. Ayu masih setia di sisi, memegang teguh tanggungjawab seorang isteri.
Setahun berlalu, Syukri masih kaku. Segala urusan perniagaan diambil alih oleh Ayu. Ayu sering bertanyakan pendapat dan menceritakan hal-hal perniagaan dengan Syukri walaupun dia tahu, Syukri terlalu merindui Nia, cinta pertamanya yang telah pergi selamanya. Ayu bertarung sendiri dalam perniagaan, maruah diri dan perasaan. Sesekali dia menangis, menanggung sengsara yang dia pilih. Syukri tidak akan pernah faham dan tak akan pernah tahu. Sungguh, Ayu merasakan lelaki itu terlalu pentingkan diri. Dalam hatinya ada marah namun terhapus kerana sayang. Kasih sayang dalam hatinya hanya untuk lelaki itu, suaminya yang masih tercari-cari di mana tali cintanya.
Syukri terbaca coretan hati si isteri, tersimpan rapi dalam kotak misteri. Sedari awal perkahwinan mereka, tercatat kisah setiap hari. Air mata tidak dapat tertahan apabila helaian demi helaian dibaca.

"Ayu rela abang nikahi Nia. Abang cintakan dia sepenuh hati abang sehingga tiada ruang untuk Ayu menumpang. Ayu izinkan..Semoga abang bahagia dengan dia.."

"Kenapa mesti jalan ini yang abang pilih? Ayu tak pernah menghalang tapi abang pilih untuk membelakangkan Ayu dan keluarga kita. Kecewa hati ini bukan kerana pernikahan abang,tapi kerana abang anggap Ayu macam orang luar. Maafkan Ayu sebab tak buat abang cukup selesa untuk mengatakan semuanya.."

"Kalaulah Ayu boleh nyatakan apa yang Ayu rasa pada abang, mungkin akan kurang sedikit beban di jiwa ini. Abang, kuatkanlah semangat dan bangun semula. Ayu perlukan abang..Ayu nak menangis tapi Ayu tak boleh lemah di depan abang. Ayu kena kuat untuk abang. Ayu harap abang dapat teruskan hidup macam biasa.."

"Rasa cinta dalam hati ini memang Ayu simpan untuk seorang suami. Saat cinta suami terbagi, Ayu tertanya sendiri kenapa Allah masih nyalakan cinta ini tetap pada abang? Akhirnya Ayu sedar, ikatan murni kita, akad yang abang lafazkan dulu adalah ikatan hati yang takkan putus. Hingga ke syurga Ayu akan tunggu agar abang rasa apa yang Ayu rasa. Ayu tak nak kehilangan abang. Ayu bersyukur abang masih ada di sisi Ayu."



p/s::: Ada gaya sinopsis belakang novel tak? Ahaks...=P


No comments:

Post a Comment