Total Pageviews

30.3.13

Saat mama pergi


Saat mama pergi
Bukan dia yang aku kebumikan
Tapi diriku dan jiwaku yang ku tanamkan
Saat mama beradu di tujuh petala langit biru
Bukan dia yang dijulang ke syurga
Tapi aku yang diasak ke tujuh lapisan neraka hitam yang panas membara
Membakar tulang belulangku sehingga aku hangus tidak meninggalkan apa-apa
Melainkan debu yang bila-bila masa akan hilang disedut angin senja
Satu persatu perlahan lahan,perlahan lahan dan perlahan lahan
Sakitnya tiada siapa yang tahu
Tuhan..
Kenapa tidak kau rentap saja semua yang ada sekelip mata
Kerana aku tidak berdaya bernafas seperti ini lagi
Seperti daun yang cuba luruh pada musim bunga..

Sindarela: Puisi si Butang

No comments:

Post a Comment